Seperti hadir ke majlis kenduri kahwin, orang ramai boleh merasai hidangan lauk-pauk suasana di majlis kenduri di sebuah kedai makan Nasi Kenduri Hari-Hari, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Menariknya lagi, ia turut dilengkapi dengan set pelamin persis majlis kahwin yang kebiasaan diadakan.
Pemilik Nasi Kenduri Hari-Hari, Pn. Nabila berkata, dia menggunakan konsep Nasi Kenduri untuk memberi kerinduan kepada orang ramai untuk menikmati masakan gulai kawah yang sememangnya popular di Kedah.
Menurutnya lagi, terdapat pelbagai jenis lauk termasuk daging kambing, lembu, ayam, ikan, sayur, ulam-ulaman bersama nasi putih dan nasi minyak disediakan dengan harga berpatutan. Harga di antara RM9 hingga RM15. Para pelanggan bebas memilih lauk-pauk yang diingini.
Bukan itu sahaja, bagi yang ingin menikmati sarapan pagi menu lain, Nasi Kenduri Hari-Hari turut menyediakan aneka juadah seperti Roti Jala, Cucur Udang, Roti Telur Meleleh, Nasi Goreng, Roti Titab dan banyak lagi.
Jadi, bagi anda yang merindui masakan lauk-pauk kenduri, di sinilah lokasi yang anda patut cuba dan rasai dan jangan ketinggalan untuk turut bergambar di pelamin yang disediakan.
Nabila berkata, pada awalnya sewaktu pandemik dan PKP, dia buntu apabila mengalami kekangan dalam perniagaan dek orang ramai tidak boleh nak bergerak jauh. Namun, setelah kerajaan mengumukan fasa endemik, Nasi Kenduri Hari-Hari, Kepala Batas, Alor Setar kini menjadi pilihan ramai untuk dinikmati kerana suasananya yang menenangkan di tepi sawah dan juga menu-menunya yang mengimbau pengunjung persis berada di majlis kenduri.
Nyata pendekatannya itu mendapat sambutan menggalakkan dalam setahun ini dan tidak disangka orang ramai mula tercari-cari hidangan ini.
Lokasi
bersebelahan SMK Kepala Batas dan berdekatan dengan Caltex Hutan Kampung,
Kepala Batas, 06200 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi
8.00 AM - 3.30 PM (Setiap Hari kecuali Sabtu)
Facebook
Nasi Kenduri Hari-Hari
0 Comments