Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembangunan Ekonomi Rakyat dan Usahawan Muda Tanjong Karang Akan Dipertingkatkan

Inisiatif dan iltizam Dato' Dr Zulkafperi Hanapi ingin menjadikan Tanjong Karang sebagai Hub Pertanian, Penternakan dan nelayan komuniti bagi industri AGROTOURISM dan AQUATOURISM di masa akan datang.

Industri berbentuk Agrotourism dan Aquatourism ini perlu diberikan perhatian sewajarnya untuk memberi peluang kepada anak muda dalam memartabatkan ekonomi pertanian Tanjong Karang sebagai satu perniagaan yang dikenali.

Berkat pendekatan holistik dan kepercayaan kepada anak muda, banyak inisiatif bakal diselesaikan menerusi penambahbaikan  serta idea yang bernas bagi menggerakkan dan merancakkan ekonomi Tanjong Karang menjadi kuat dan lebih maju.

Menurut Dato' Dr Zul, pembangunan teknologi dan program usahawan diwujudkan bagi membuka minda dan peluang anak-anak muda untuk bersama dalam penglibatan mencari pengalaman, cabaran, kemahiran dan juga berpotensi melonjakkan kepentingan ekonomi pertanian yang mampan di situ.

Anak muda akan turut digalakkan untuk terus berinovasi dalam operasi dan pengurusan Agrotourism dan Aquatorism menerusi teknologi termaju dan digital.

Tanjong Karang selalu di hati.

Post a Comment

0 Comments