Sungai Siput secara amnya ditanding Presiden MIC sejak zaman mendiang Tun V.T. Sambathan dan diteruskan dengan Tun S. Samy Vellu menerusi kemenangan dalam lapan penggal sebelum kalah pada pilihan raya 2008 kepada M. Jeyakumar dari PSM.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Ke-14, MIC cuba untuk merampas semula Parlimen menerusi Timbalan Presiden ketika itu, Datuk Seri SK Devamany, namun gagal.
Sudah tiga penggal kerusi Parlimen Sungai Siput terlepas daripada MIC. Penduduk Sungai Siput sudah mulai rindukan sentuhan MIC dan mereka sangat-sangat berharap apabila menerima khabar gembira Presiden MIC, Tan Sri Dato' Sri Vigneswaran akan bertanding di Parlimen itu.
Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran berdepan saingan enam calon lawan dalam usaha merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau juga merupakan Speaker Dewan Negara dan sentiasa bersemangat serta berkobar-kobar untuk terus memberi bantuan kepada rakyat Sungai Siput.
0 Comments