Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedapnya! Tempat Makan Menarik dan Menyelerakan di Gepuk House, Taiping

Bandar Taiping merupakan ibu kota heritage bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum tahun 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Tahukah anda maksud Klian Pauh? Klian bermaksud lombong manakala Pauh pula sejenis buah mangga yang kecil. Jika anda pernah ke Kelantan, pasti anda pernah dengar peniaga-peniaga di pasar menyebut mangga sebagai pauh. Taiping adalah perkataan dari Cina Mandarin yang membawa maksud aman dan damai.

Kini, bandar Taiping menjadi tarikan pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana memiliki pelbagai tarikan dari segi tempat pelancongan dan juga merupakan syurga makanan bagi peminat makanan di situ. Jom ikuti Admin jelajah satu tempat makan best dan sedap di Taiping. Anda bolehlah terjah ke lokasi yang dikongsikan ini apabila berkunjung ke Taiping kelak.

Episod kali ini, Team Propa Rangers telah singgah ke sebuah restoran Gepuk House di Taiping. 

Untuk pengetahuan, Ayam Gepuk di sini memang padu dan setiap hidangannya dalam portion yang banyak. Jadi, Admin gerenti anda semua kekenyangan setelah keluar dari restoran ni.

Tanpa banyak cerita lagi, jom kita tengok menu-menu rare dan memang tak propa ye yang dihidangkan kepada kami. Jom!

Nasi Ayam Gepuk RM10

Nasi Keli Penyet RM8

Nasi Ayam Kicap RM9

Nasi Bawal Penyet RM10

Nasi Ayam Penyet RM10

Tomyam Koong RM10

Harga yang ditawarkan memang sangat murah dan berpatutan. Selain itu, menu yang turut menjadi tarikan terbaru ialah Nasi Putih Udang Buttermilk. Memang sedap dan beraroma! 

Nasi Udang Buttermilk RM12

Minuman yang dihidangkan juga best dan berbaloi dari segi harganya. Antara minuman yang sempat Admin nikmati ialah Chocolate Belgian, Fresh Orange, Tembikai Laici, Extra Joss Anggur dan minuman baharu, Kopi Sunda.


Restoran Gepuk House ini mula beroperasi sekitar tahun 2020. Lokasinya di Lot 1520, Jalan Panggung Wayang berhadapan dengan Nagoya, Taiping. Waktu restoran ini beroperasi adalah setiap hari pada pukul 11.00 pagi hingga 9.00 malam dan ditutup setiap 2minggu sekali pada hari Ahad.



Gepuk House ni pasti akan menjadi tempat wajib singgah jika anda bertandang ke sini. Dengan hidangannya yang menyelerakan, suasana restoran juga selesa dan harga pun sangat berbaloi. Pasti anda takkan menyesal dan selalu akan berkunjung ke Gepuk House, Taipinh setelah mencuba keenakan masakan yang disediakan. 


Alamat
Lot 1520, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping Perak
(Berhadapan dengan Nagoya Taiping)

Facebook


Post a Comment

0 Comments