Ticker

6/recent/ticker-posts

Keunikan Ais Kepal Bingsu By KakZai di Baling, Kedah

Okay... Jom kali ni kita cuba satu menu Authentic Korean yang terdapat di Baling, Kedah. Kisahnya dua minggu lepas, balik dari urusan kerja di Betong, Thailand, Admin singgahlah di sebuah kedai Ais Kepal Bingsu by Kak Zai yang terletak di Pekan Kupang, Baling, Kedah.


Ais Kepal Bingsu by Kak Zai sangat famous dengan menu Ais Kepal Bingsu dan aneka pilihan Bakso. Actually, Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni merupakan yang pertama di Baling, Kedah dan mula beroperasi sejak awal PKP dek kerana pemilik kehilangan pekerjaan. Selain itu, nama Ais Kepal Bingsu ni tercetus apabila Kak Zai sendiri ingin mencuba menu viral dari Korea ni dan mula belajar dari youtube.


Memandangkan masing-masing masih kekenyangan, petang itu, Admin mencuba 4 pilihan Ais Kepal Bingsu yang best seller iaitu perisa Milo Strawberry, Mango Cheese, Anggur dan Buah Campur. Untuk bakso pula, Admin memilih Bakso Mangkuk, Bakso Mercun, Bakso Biasa dan Bakso Beranak. 


Dah boleh makan petang dengan hidangan Korea di Baling, Kedah! Bakso dia pun sedap sebab totally bakso dia besar dan custome made. Admin sarankan korang wajib cuba dan rasa Ais Kepal Bingsu dan Bakso by Kak Zai ni. Memang confirm korang akan repeat order.


Dekorasi Ais Kepal Bingsu by Kak Zai simple dan kemas. Memang sangat sesuai untuk sesi lepaking bersama rakan-rakan atau keluarga di petang-petang selepas menikmati makan tengah hari. Paling syok apa kata kalau anda cuba buat suprise dekat orang tersayang dengan memberi kejutan pengalaman menikmati aiskrim bersama orang tersayang.


Ha, jika anda teringin nak merasai Bingsu ini boleh datang ke Ais Kepal Bingsu by Kak Zai di Pekan Kupang, Baling, Kedah. 

Untuk maklumat lanjut atau update terkini

Facebook

Tiktok


Post a Comment

0 Comments