Ticker

6/recent/ticker-posts

35 Penghibur Bakal Gegarkan Litar Antarabangsa Sepang Dalam Konsert Hausboom Music 2023

Aha!! Lama HR tak menulis kat sini kan. Pasti anda semua dah tak sabar nak ke Konsert Hausboom Music 2023 pada bulan September ni kan? Jom HR kongsikan sedikit bagaimana anda semua boleh dapat ke sana nanti.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018, Konsert Hausboom Music 2023 bakal berlangsung buat kali ketiga dengan dengan sebuah konsep yang lebih hebat dan dibarisi penghibur serta pemuzik yang lebih mantap.

Bukan kaleng-kaleng, konsert Hausboom Music 2023 akan dibarisi sebanyak 35 penghibur daripada pelbagai genre dengan satu misi iaitu untuk memberi hiburan maksimum dan berkualiti kepada pengunjung.

Antara barisan penghibur yang bakal menggegarkan pentas adalah legenda seperti kumpulan Search, Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti The President Joe Flizzow, Hujan, Exists, Spider, Bunkface dan SonaOne.

Selain itu, terdapat juga nama-nama seperti SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, Iamneeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M., Imsomniacks, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta dan Grey Sky Morning juga turut menambah hype konsert.



Bukan itu sahaja, turut menghangatkan lagi konsert Hausboom Music 2023 adalah pemuzik dari Indonesia, Hyndia yang akan menjadi wakil dari republik tersebut manakala Alyph & Akeem Jahat, dua nama kelahiran Singapura yang tidak asing dalam genre hip hop juga bakal beraksi di konsert tersebut.

Tak dilupakan juga yang akan turut serta adalah Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan GARD WUZGUT pasti menarik minat penonton tersendiri.

Penganjuran konsert kali ketiga ini merupakan kolaborasi bersama AFFIN dan konsert Hausboom Music 2023 ini bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Lebih menarik lagi mengenai penganjuran konsert kali ini, Hausboom juga telah mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023. Bukan sahaja itu, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR di mana setiap pembeli yang mengimbas kod berpeluang untuk memenangi:

  • Tiket-tiket VVIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
  • Barangan rasmi konsert Hausboom Music 2023
  • Potongan harga bagi pembelian tiket "General" konsert Hausboom Music 2023

Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023 ini boleh didapati di kedai rangkaian terkemuka iaitu 7 Eleven Malaysia. stesen minyak di seluruh Malaysia - Petronas, Shell, Petron dan pasaraya besar seperti Aeon, Aeon Big dan kedai-kedai lain yang turut serta.

Cara Pembelian Tiket Konsert Hausboom Music 2023

Melihatkan barisan penghibur dan para pemuzik yang terlibat, pasti semua peminat tidak mahu melepaskan peluang untuk ikut serta berpesta di konsert Hausboom Music 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 September 2023.

Pembelian tiket boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu:
  1. Ticket2u.com
  2. Laman web rasmi Hausboom bagi pembelian tiket secara ansuran
Harga tiket : RM199 (General), RM359 (Rockzone), RM1,200 (VVIP)


Untuk mengetahui lebih informasi mengenai konsert Hausboom Music 2023 boleh menerusi tandapagar: #hausboommusic23

Post a Comment

0 Comments