Pada 2 September 2011, Negara digemparkan dengan pemergian
seorang jurukamera BERNAMA Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena
tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan di Somalia. Namun
insiden maut tersebut semakin dilupakan dan ramai petugas media kembali
menjalankan tugas yang berisiko tinggi tanpa memakai peralatan perlindungan
sesuai serta pengetahuan tentang bahaya yang bakal dihadapi.
Berikutan dari itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan yang pihak
majikan perlu peka dan menyediakan peralatan keselamatan serta perlindungan
perubatan dan kesihatan yang sesuai buat pengamal media.
Beliau yang merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan
untuk warga media (OSH for Media 2017) menganggap majlis ini mampu menimbulkan
kesedaran mengenai kepentingan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
(OSH) di kalangan media.
Kami seluruh warga PROPA RANGERS amat menyokong program
‘Safety Passport’ atau passport keselamatan yang disarankan oleh Tan Sri Lim
Lam Thye kerana melalui program tersebut, para pengamal media samada media
cetak mahupun elektronik akan mempelajari aspek keselamatan dan kesihatan
seperti pertolongan cemas dan tindakan kecemasan. Jadi para pengamal media
boleh menganalisa risiko kerja dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian
dengan keadaan semasa menjalankan tugas membuat liputan.
Kami amat tersentuh dengan keprihatian beliau apabila beliau
berkata “tugas utama pengamal media adalah untuk mendapatkan berita dan
bukannya menjadi bahan berita”.
Semasa majlis berlangsung kami juga ditunjukkan Demostrasi
aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam Demostrasi tersebut, kami
ditunjukkan bagaimana menghadapi sesuatu bahaya dan langkah-langkah
pelaksanaannya.
Sepanjang program berlangsung banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi. Kami PROPA RANGERS sepakat besetuju program ini harus dimanfaat dan diberi kerjasama dari semua aspek jabatan dan organisasi pengamal media samada media cetak mahupun media elektronik.
Selesai program ini, setiap pengamal media diberi sijil Penglibatan NIOSH dan buku 'ADVOCATING OSH FOLL ALL - LEE LAM THYE ' yang penuh dengan informasi tentang perjalanan beliau dan seluruh warga NIOSH dalam memperjuangankan misi & visi NIOSH.
Kami seluruh warga PROPA RANGERS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Nicky atas jemputan ke Majlis yang penuh dengan pengetahuan. PROPA RANGERS berharap warga blogger akan memberi sokongan dan komitmen untuk menyertai penglibatan program 'Safety Passport' yang akan dilaksanakan nanti. Kerja kerja juga.. keselamatan jangan diabaikan..
SALAM SAYANG DARI PROPA RANGERS!!!!
0 Comments