Semalam, 18 Mac 2018, telah
berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan di antara pemilik Veena Hijab &
Couture iaitu Veena Azmi dan pasangannya, Ibnu dari Brunei Darussalam di
Bizmilla Wedding Centre, The Place, One City, Subang Jaya yang turut dihadiri
ahli keluarga serta rakan-rakan.
Seperti Dalam Taman Bunga
Hiasan majlis resepsi yang sangat
indah. Bertemakan seperti berada dalam taman, setiap inci hiasan dan tatarias
begitu menonjol dengan tema yang diterapkan.
Pasangan Yang Sepadan!
Pasangan kedua mempelai ini
bertemu tatkala Veena Azmi mengadakan pertunjukkan fesyen di Brunei dan
dikatakan Ibnu telah tersesat di negaranya sendiri dan bertemu Veena. Sebuah
kisah cinta yang manis sehingga membawa ke jinjang pelamin.
Tahniah diucapkan kepada Veena
Azmi dan Ibnu. Propa Rangers
mendoakan yang terbaik untuk Veena dan sudah pasti menanti pula kehadiran
junior baru. InsyaAllah.
4 Comments
Tahniah kedua mempelai..bestnya tgok majlis perkahwinan gilang gemilang macam ni..nak kawen gak la...
ReplyDeleteHehe... Terima kasih Suria Amanda.. Okay..boleh je tu..
DeleteTahniah kepada kedua mempelai.. mmg cantik dan kacak keduanya.. pelaminan yg indah
ReplyDeleteTerima kasih MrsLiez...
Delete