Radio Suria FM pagi ini ada memberitahu Hospital Cyberjaya akan siap pada tahun 2020. Hospital Cyberjaya ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan yang ada di Hospital Putrajaya dan Sepang. Dengan anggaran nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualkan siap pada 2020, Hospital Cyberjaya akan menjadi pelengkap kepada rangkaian hospital awam di Selangor.
Menurut Mohd Najib Ibrahim, Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, sebuah hospital dengan kemudahan sebanyak 288 buah katil itu terletak berhampiran dengan Gem In Mall yang akan memberi perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya sendiri dan kawasan berdekatan seperti Puchong, Dengkil dan Sepang.
"Hospital Sembilan tingkat di kawasan 4.86 hektar ini juga menyediakan 965 ruang tempat letak kereta,"katanya.
Menurut Mohd Najib Ibrahim lagi, beliau juga telah melantik syarikat Gadang Engineering (M) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Gadang Holdings Bhd sebagai kontraktor utama dalam pembinaan projek hospital tersebut.
Hospital Cyberjaya ini dibangunkan dengan reka bentuk yang memenuhi standard pensijilan Indeks Bangunan Hijau bagi kelestarian dengan ciri-ciri teknologi hijau bagi mengumpul tenaga solar dan orientasi solar secara optimum. Ia juga dapat memudahkan operasi mesra alam dan kecekapan tenaga.
Hospital Cyberjaya ini yang bertujuan meningkatkan penawaran Bandar itu adalah antara 11 pengumuman utama yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan ulang tahun ke-20 Cyberjaya pada Mei lalu.
Sumber | Berita Harian
0 Comments