Ticker

6/recent/ticker-posts

Bekas Pengurus England Rasmikan Million Dollar Feet

Kuala Lumpur, SEPTEMBER 2017 – Mohon perhatian kepada bakal bintang bola sepak! Million Dollar Feet™ (MDF™) telah menjalankan pencarian bakat baru bola sepak yang diadakan di seluruh negara pada tahun lalu bagi mencari bakat muda terbaik bola sepak Malaysia sudah kembali lagi di musim kedua dengan lebih hebat lagi pada tahun ini. 

Perkara ini diumumkan baru-baru ini pada majlis pelancaran oleh Sam Allardyce (Big Sam), Bekas Pemain dan Pengurus Bola Sepak England. Turut hadir ialah Steve McMahon, Bekas Legenda Liverpool dan Ketua Jurulatih MDF™, Peter de Kretser, Pengasas dan Pengarah Bola Sepak dan penaja dari BABA’s, Ketua Pengiklanan dan Promosi, Navin Stanislaus.


Musim kedua ini menyusuli kejayaan besar musim permulaan tahun lepas, di mana Adam Roshan Kris Azman dari Kuala Lumpur dan Mohd Yusry Haziq dari Sarawak telah dipilih untuk menerima biasiswa eksklusif dua tahun daripada satu daripada akademi bola sepak terkemuka Eropah – Brooke House Football Academy – secara bersama bernilai RM1 juta.


“Pembangunan belia di dalam bola sepak adalah kritikal dalam usaha menjadi sebuah negara yang hebat dalam bola sepak. Permainan ini benar-benar diminati di seluruh dunia dan saya cukup yakin bahawa rakyat Malaysia boleh bermain di tahap tertinggi Liga Perdana pada tahun-tahun mendatang,’’ kata Allardyce. “Kami mahu menyaksikan bintang dari Asia Tenggara dan kerana itulah saya menyokong sepenuhnya apa yang hendak dicapai menerusi program Million Dollar Feet™ ini.”

Sama seperti format tahun lepas, Million Dollar Feet™ 2017 adalah terbuka kepada semua remaja yang bermastautin di Malaysia berusia antara 11 hingga 16 tahun. Bagi memberi akses kepada semua rakyat Malaysia kepada pertandingan ini, sesi percubaan akan diadakan di seluruh Malaysia bermula di Pulau Pinang  (7 & 8 Oktober), disusuli Sarawak (13 & 14 Oktober), Kelantan (20 & 21 Oktober), Johor (27 & 28 Oktober), Kuala Lumpur (3 & 4 November) dengan kemuncak acara perlawanan akhir pada 5 November.


“Kami berharap untuk mengatasi pencapaian tahun lepas dan menyasarkan lebih 10,000 peserta muda pada tahun 2017,’’ tambah De Kretser. Pemain terbaik dalam kalangan yang terbaik akan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk perlawanan akhir, di mana dua pemenang akan diumumkan dan diterbangkan ke United Kingdom untuk peluang mempamerkan kemahiran mereka kepada ejen pencari bakat bola sepak dan akademi dari kelab bola sepak terkemuka United Kingdom! Kami berharap untuk menambah dua lagi pemain berbakat bagi menjejak langkah Adam dan Yusry ke arah meraih impian mereka.’’

Walaupun sesi percubaan terbuka kepada remaja berusia 11 hingga 14 pada tahun lalu, jarak usia telah ditambah bagi musim MDF™ tahun ini, yang kini terbuka kepada remaja berusia 11 hingga 16 tahun.


“Suatu aspek yang dapat dipelahari dari musim MDF™ tahun lalu, Malaysia benar-benar mempunyai bakat muda bola sepak yang hebat. Jika diberi peluang yang betul, platform dan latihan, bakat-bakat berpotensi ini berpeluang beraksi di liga-liga utama di Eropah, yang mana sememangnya matlamat program ini. Tahun lepas saya nyatakan dan kekal dengan pendirian saya bahawa Malaysia akan mempunyai wakil pertamanya di dalam kelab bola sepak besar tidak lama lagi, dan kami semua komited untuk menjadikannya suatu realiti menerusi Million Dollar Feet™,” kata McMahon.

Musim baharu Million Dollar Feet™ akan terus menerima sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur.

Musim kedua MDF™ juga menyaksikan kehadiran lebih banyak penaja, termasuk BABA’s, jenama peneraju bahan rempah Malaysia.


“Dengan sejarah penubuhan lebih daripada 30 tahun, kami kini merupakan jenama popular di seluruh Malaysia, dengan pelanggan pelbagai kaum dari semua lapisan masyarakat. Jika direnungkan, inilah nilai-nilai yang wujud pada MDF™, iaitu memberi peluang sama rata kepada semua orang muda Malaysia untuk mencuba bakat, yang menjadi faktor mengapa kami mahu menjadi sebahagian daripada inisiatif yang benar-benar hebat ini,’’ kata Stanislaus.

Para penaja bagi musim kedua Million Dollar Feet™ merangkumi Brickfields Asia College (BAC), Etihad Airways, TGV Cinemas, National Kidney Foundation, Anita, LAC Printing, dan 100 Plus.

Bakat-bakat bola sepak yang mahu mencuba bakat dalam pertandingan ini boleh mendaftar secara percuma dengan log masuk ke www.milliondollarfeet.com.

Sumber | GO Communications Sdn Bhd

Post a Comment

0 Comments