Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Pendidikan Asas Rekreasi

Program Pendidikan Asas Rekreasi | Sumber: Kementerian Belia & Sukan

Program Pendidikan Asas Rekreasi yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 19 hingga 21 Januari 2018 di Tapak Perkhemahan Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor telah melibatkan seramai 17 belia Orang Asli dari Kampung Ampang Woh dan Kampung Ayer Denak, Perak. 

Program ini adalah anjuran IYC dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Malaysia (PRIMA) bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu asas rekreasi kepada golongan belia Orang Asli supaya mereka nanti dapat membangunkan komuniti setempat dengan penggunaan sumber sedia ada khususnya di bidang eko-pelancongan. 

Selain itu, para peserta yang terlibat juga didedahkan dengan kemahiran dalam pembangunan sahsiah dan potensi diri. Kemahiran ini diterapkan dalam satu modul bagi mempersiapkan peserta sebelum menceburi bidang pelancongan dengan kemahiran yang mereka miliki. 

Seterusnya, majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Marzuki bin Hashim, Eksekutif Kanan (Program) IYC yang mewakili Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee.

Post a Comment

0 Comments