Rangsang Nafsu Makan Anak-Anak Dengan Kreativiti Di Pinggan | Sumber: Zamri Spoon
Saat ingin menyuruh anak-anak makan pasti sukar kan lebih-lebih lagi ketika mereka sedang bermain atau melihat hidangan yang tidak menyelerakan.
Jadi, kami menemukan anda dengan seorang ibu dari Hong Kong, Anne Widya yang telah merubah cara gambaran sarapan pagi anak lelakinya agar senantiasa mahu makan dengan seronoknya. Anne telah memujuk anaknya, Charles dan Andrew agar mahu makan telur, sayur, daging dan makanan berkhasiat yang lain. Ini patut menjadi contoh kepada para ibu diluar sana yang mungkin kekeringan idea untuk menyuruh anak makan.
Setiap pagi, Anne akan mengubah telur yang dimasukkan dalam menu sarapan anak-anaknya itu sehingga mempunyai pandangan yang begitu menarik. Bahan makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga diubahsuai agar kelihatan lebih menarik. Hebatnya, Anne! Hanya dengan masa 45 minit, beliau telah membuat 3 pinggan hidangan sarapan dengan ciptaan kreatif penuh bergaya untuk anak-anaknya.
Rangsang Nafsu Makan Anak-Anak Dengan Kreativiti Di Pinggan | Sumber: Zamri Spoon
Rangsang Nafsu Makan Anak-Anak Dengan Kreativiti Di Pinggan | Sumber: Zamri Spoon
Idea dan ilhamnya tercetus apabila anak lelakinya, Andrew mengalami sakit dan tidak masuk sekolah. Anne Widya sebenarnya tidak pernah mengikuti kursus masakan sekalipun. Hari demi hari, beliau hanya berlatih saban pagi untuk membuat "cerita rekaan" di dalam pinggan makan anak-anaknya.
Setiap idea yang diutarakan datangnya dari kehidupan harian termasuk mencari di Internet, menonton TV sehinggalah ilustrasi dari buku cerita kanak-kanak. Di antara kesemua rekaan yang telah dibuatnya, beliau mengaku yang membuat matahari dari telur adalah paling mencabar kerana telur itu sendiri tidak boleh menjadi panas.
"Saya suka menghias pinggan makan anak-anak. Tidak kira makanan pencuci mulut, roti atau pastry, semuanya dilakukan dengan mudah dan tanpa jemu," jelas Anne.
Rangsang Nafsu Makan Anak-Anak Dengan Kreativiti Di Pinggan | Sumber: Zamri Spoon
Rangsang Nafsu Makan Anak-Anak Dengan Kreativiti Di Pinggan | Sumber: Zamri Spoon
Rangsang Nafsu Makan Anak-Anak Dengan Kreativiti Di Pinggan | Sumber: Zamri Spoon
Sumber: Zamri Spoon
1 Comments
tapi betul tau.. anak2 kakak kalau tengok makanan cantik2 gini memang dorang suka.. banyak plak dorang makan.. hee~
ReplyDelete