Ticker

6/recent/ticker-posts

Filem Adiwira Badang, CGI Tercanggih Malaysia


Seringkali kita disajikan dengan watak-watak superhero luar negara. Jadi, apa kata kali ini kita cuba untuk menghayati lagenda superhero negara kita sendiri dan sepatutnya juga diangkat sebagai adiwira. 

Filem "Badang" diarahkan oleh pengarah filem terunggul negara, Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohideen dengan terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holding. Filem ini bakal menggegarkan seluruh pawagam pada 15 Februari 2018. 

Badang adalah filem yang mempunyai ciri CGI yang hebat dan berkisahkan "Superhero".
 
Filem "Badang" menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Sri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Norman Hakim, Zalfin Zin, Datin Nur Shahida M. Rashid, Azmir Aziz, Douglas Lim, Nadia Brian, Esma Daniel, Julia Ziegler dan ramai lagi pelakon hebat tanah air. 
 

Sinopsis Filem Adiwira Badang

Filem Adiwira Badang merupakan filem bergenre komedi yang diadaptasi daripada nama legenda 'Badang', namun diberikan suntikan pembaharuan dengan jalan penceritaan tersendiri. 

Mengisahkan seorang pemuda bernama Badrul (lakonan Dato’ Sri Aliff Syukri) atau dikenali sebagai Bad yang kehilangan ibunya Mak Siah (Aminah Rhapor) kerana terbunuh dalam satu kekecohan yang berlaku selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko.
Sebelum kematian, Mak Siah sempat menceritakan tentang kelahiran Bad, seorang anak istimewa yang lahir dari buluh sebagai hadiah untuk Mak Siah dan suaminya yang tidak mempunyai zuriat. Mak Siah juga sempat memberitahu Bad bahawa beliau akan memiliki kuasa luar biasa yang akan membezakan dirinya dengan manusia biasa menjelang usia mencecah 25 tahun.
 
 
Selepas menyambut hari kelahiran ke-25 tahun, Bad mula menyedari kuasa-kuasa luar biasa yang telah timbul apabila dia memegang pohon buluh. Dirinya mula ghaib dan bertukar menjadi halimunan. Sejak itu, kawannya Sarip (Azhari Zain) telah membantu dan melatih dirinya mendapatkan kuasa luar biasa sehingga mempunyai kekuatan dan kelajuan yang maksimum.

Badang mula muncul sebagai seorang adiwira yang dikenali seluruh rakyat Malaysia kerana telah banyak berjasa membantu masyarakat dan membentras jenayah.

Fokus utama Badang adalah membalas dendam terhadap Geng Taiko yang diketuai Abang Tai (Fauzi Nawawi) yang telah menyebabkan kematian ibunya. Tetapi dalam pada itu, beliau jatuh cinta kepada Tisha (Fasha Sandha) yang merupakan adik tiri Abang Tai. Badang mula merasa dilema apabila terpaksa memilih antara dendam dan cinta.
 
 
Tonton Adiwira Badang Di Pawagam

Admin percaya Adiwira Badang ini mampu memartabatkan negara kita Malaysia di seluruh pelusuk dunia. Jadi, sama-samalah kita untuk menyokong filem tempatan dengan menyaksikan Filem Adiwira Badang di pagawam berdekatan anda bermula 15 Februari 2018 ini.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Filem Adiwira Badang, boleh didapati di laman sosial seperti di bawah:
 

Post a Comment

0 Comments