Ticker

6/recent/ticker-posts

Leandro Velez Bantu Raih Mata Buat Negeri Sembilan

PEMAIN Negeri Sembilan, Mony Udom Prak (kiri) diasak dua pemain Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban malam tadi. Negeri Sembilan menang 2-0. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID
SEREMBAN - Setelah tumpas dalam perlawanan sulung pada Sabtu lalu, Negeri Sembilan bangkit semalam (07 Februari 2018) untuk menumpaskan Kuala Lumpur dengan 2-0 dalam kempen Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Ketika permainan berlangsung, kelihatan kedua-dua pasukan berhati-hati dengan mengatur strategi dan serangan untuk cuba menembusi benteng pertahanan pasukan lawan masing-masing.

Pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-11 melalui penyerang importnya, Nicolas Leandro Velez yang telah menerima bola hantaran jauh dari tengah padang melepasi barisan pertahanan Kuala Lumpur.

Penyerang dari Argentina itu kemudiannya memperdaya penjaga gol, Kamarul Effandi Abdul Rahim sebelum melepaskan sepakan.

Ternyata jurulatih, Jorg Peter Steinebrunner bangga dan kembali memulihkan keadaan dan semangat anak buahnya untuk terus menggandakan serangan selepas tersentak dengan kekalahan 0-1 kepada PKNP FC yang lalu.

Hasilnya, Negeri Sembilan kembali bangkit dan mengukuhkan kedudukan pada minit ke-31 dengan gol kedua, yang mana juga dari Leandro Velez yang memanfaatkan kuisan bola dari Mohd. Khairul Izuan Rosli yang menyerang dari sayap kiri. 

Mempunyai kelebihan kaki kiri, pemain berusia 27 tahun itu telah berjaya menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur dengan rembatannya.

Separuh  masa kedua, jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Joaquim da Silva mengubah strategi untuk membolehkan anak buahnya menembusi gawang Negeri Sembilan yang dikawal oleh Saiful Amar Sudar melalui beberapa percubaan oleh pemain importnya, namun ia gagal.

Akhirnya, Kuala Lumpur akur dengan kekalahan keduanya selepas ditumpaskan Selangor 0-2 dalam aksi sulung pada Ahad lalu.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments