Ticker

6/recent/ticker-posts

Filem Dukun Yang Diharamkan Tayangannya Kini Bocor Juga

Korang masih ingat lagi Filem Dukun yang telah ditarik balik kelulusannya selepas iklan promo yang dibuat pada tahun 2007 dahulu. Okay... Admin sendiri pun tak berapa nak ingat lah kan. Tapi... Rasanya memang ramai peminat menunggu filem seram ni. Filem Dukun lakonan Umie Aida yang sememangnya berkebolehan dalam apa jua watak yang diberikan.


Filem Dukun Yang Diharamkan Tayangannya Kini Bocor Juga

Filem ini dikatakan True Story. Kisah pembunuhan seorang ahli politik yang melibatkan seorang bekas penyanyi Mona Fandey. Sebelum tuh nak bagitahu Allahyarhamah Mona Fandey merupakan seorang bekas penyanyi tetapi kerjayanya sebagai penyanyi tidaklah begitu dikenali. 

Filem ini dikatakan diharamkan penerbitannya atas sebab melibatkan seorang ahli politik. Namun, ada juga yang mengatakan ahli keluarga Mona Fandey sendiri yang tidak mengizinkan. Tak tahu mana yang benar. Semua itu spekulasi yang Team Propa Rangers baca. Sejauh mana kebenarannya tidak dipastikan lagi.
Yang menarik perhatian ramai hari ini. Filem yang tersimpan rapi dari tahun 2007 itu akhirnya bocor pada tahun 2018 ini. Ia tersebar meluas secara online. Hebat betul pencari movie ni kan! Filem yang hampir dilupakan kini menjadi isu hangat hari ini. Dari manalah mereka dapatkannya pun tidak diketahui. Selama hampir 10 tahun, ia disimpan, tapi akhirnya terlepas di online juga hari ini. Memang hebat betul lah pencari movie di dunia ini. Hehehe... 


Review Filem Dukun 2007

Rasanya memang ramai juga tercari-cari filem seram ini, terutama peminat-peminat cerita seram tanah air kita. Tapi kami di Propa Rangers pun tidak dapat menontonnya. Teringin juga kami nak menontonnya kalau ada. Tapi apa kan daya tidak ada peluang lagi untuk menontonnya.

Post a Comment

0 Comments