Cromok
adalah kumpulan yang dianggap sebagai perintis muzik thrash metal tempatan dan
kini sudah 31 tahun berada dalam industri muzik. Dianggotai
oleh Sam selaku pemain bes dan vokal, Karl (gitar) dan Miji (dram) Cromok cukup
dikenali dengan lagu mereka seperti Another You, I Do Not Belong Here, Misty
dan Memories. Menurut
Karl, mereka menganggap konsert ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap
muzik Cromok.
“Dah
lama kami tidak beraksi di konsert. Jadi, menerusi konsert ini, bukan kami
sahaja yang dapat mengubati kerinduan untuk beraksi tetapi peminat juga dapat
sama-sama mengenang kembali memori lama mereka bersama Cromok,” katanya.
“Pastinya
XPDC akan memberi persembahan terbaik untuk konsert ini. Kami sendiri tidak
sabar untuk beraksi bersama-sama dengan Cromok,” kata Zuar yang juga merupakan
pemain bes kumpulan XPDC.
Selain
Zuar, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran King of Stage ini turut dianggotai
oleh Mael selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram). Bukan
sahaja XPDC dan Cromok sahaja yang akan menjadi tumpulan pada malam itu,
sebaliknya konsert malam itu turut menampilkan sistem bunyi yang cukup mantap
dengan penggunaan sejumlah 64 Subbass.
Konsert
ini juga menelan kos sebanyak lebih RM500,000. Konsep untuk konsert pada malam
itu direka oleh Karl Cromok yang pastinya akan membuat penonton terbang dalam
arena muzik metal kedua-dua kumpulan.
Tiket
sudah mula dijual di www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (trash
zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone). Tiket-tiket
juga dijual di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle
& Alteration Jeans (Kajang). Pembelian
tiket menerusi agen juga boleh dilakukan dengan menghubungi Yazid
(011-35030241), Faizal (016-2598872), Azhar (017-2630437) dan Bro
(01136076678).
1 Comments
Ana layan giler lagu2 xpdc ni dulu. Semua best2. Masa tu minat sgt dgn suara mael tu. Lain dr yg lain.
ReplyDelete