REMY memberi ucapan pada majlis pelancaran pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminatnya di D’Tunjong Banquet Hall, Kota Damansara, di sini. |
Soal perkahwinan ini bukanlah
suatu perkara yang mudah. Jika belum bersedia, eloklah buat persediaan
secukupnya dahulu sebelum bergelar pasangan suami isteri. Lagipula kehidupan
selepas berkahwin juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar lebih-lebih
lagi bila dikurniakan cahaya mata. Ya! Sememangnya anak itu anugerah Allah.
Namun, jika anak itu sendiri terabai dek sikap kita para IbuBapa yang sambil
lewa, sebaiknya kita berfikir dahulu jika belum cukup persediaan untuk berkahwin.
Pada 11 Februari 2018 lalu, Team Propa Rangers berpeluang
menghadiri Majlis Makan Tengah Hari
bersama Remy Ishak di samping beliau juga melancarkan pakej percutian
Kowamas Holidays bersama kelab peminatnya di D’Tunjong Banquet Hall, Kota
Damansara.
Dalam majlis itu juga, Remy
Ishak, 36, memberi ucapan tentang isu perkahwinannya mahu perancangan yang
sempurna dan bukannya terburu-buru. Pelakon yang sedang meningkat naik menerusi
siri Kekasih Paksa Rela yang
disiarkan di slot Akasia, TV3 itu juga tidak ingin perkara yang sama berlaku
kepada kedua ibubapanya yang telah bercerai. Dibesarkan dalam keluarga yang
menyaksikan kedua-dua ibubapa bercerai, Remy tidak mahu menempuhi ‘ketakutan’
itu dan sering menjadi igauan buruk hubungan suami isteri.
“Oleh itu, saya mengambil keputusan yang lama untuk mendirikan
rumahtangga. Banyak persediaan yang perlu saya tempuhi untuk merapikan
perjalanan rumahtangga saya nanti tidak terumbang-ambing.”
“Lagipula, pertunangan saya baru sahaja diikat dan belum pun sampai
setahun. Kami bertunang pada pertengahan tahun lalu. Saya tak rasa akan
berkahwin pada tahun ini.”
“Kemungkinan tempoh perkahwinan itu boleh jadi setahun atau lebih.
Sebagai seorang lelaki yang akan menjadi suami, ia bukanlah suatu perkara yang
mudah untuk memikul tanggungjawab itu nanti. Terlalu banyak persiapan yang
perlu saya lakukan.”
“Sekarang ni pun saya tengah berusaha kerja keras mengumpul
perbelanjaan. Bukan hanya untuk perkahwinan sahaja, malah ia juga untuk
memastikan masa depan yang baik dan harmoni,”katanya kepada sidang media
pada Ahad lalu.
Remy Ishak yang telah mengikat
tali pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan, Roszaliza Yusof pada Mei
lalu belum lagi membuat keputusan muktamad untuk tarikh pernikahan mereka. Remy
juga berpendapat beliau juga menghadapi cabaran sama dengan pasangan lain
ketika tempoh pertunangan itu.
Asam garam kehidupan. Ada pasang
surutnya. Team Propa Rangers mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon
hebat, Remy Ishak ini. Semoga beliau berjaya menempuhi segala dugaan dan
cabaran yang datang.
Photographer Propa Rangers: Yusri Ibrahim
0 Comments