Ticker

6/recent/ticker-posts

Dee Dee Mahmood Diiktiraf Ambassador Antarabangsa

Kalau sebelum ini Team Propa Rangers pernah bercerita tentang Siapa Dee Dee Mahmood? (Boleh rujuk artikel Di Sini). Hari ini sekali lagi Admin digemparkan dengan cerita beliau telah diiktiraf sebagai Ambassador Antarabangsa


Dee Dee Mahmood Diiktiraf Ambassador Antarabangsa

Kepakaran dan rekod cemerlang dalam bidang kesihatan, kecergasan dan kecantikan telah menjadikan Dee Dee Mahmood, 54, merintis pelbagai program kesihatan dan pendidikan kesihatan di dalam dan luar negara. Terbaru, Dee Dee telah dilantik sebagai International Scientific Committee & International Ambassador untuk World Conference on Exercise Medicine oleh World Health Organisation (WHO).

Sememangnya kita tahu beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mewujudkan program kesihatan dan kecergasan dengan kerjasama beberapa negara Asia, khususnya Indonesia, Singapura dan Australia.

Selama usaha keras beliau lebih 22 tahun dalam bidang itu, Dee Dee pernah menerima anugerah Asia Beauty & Wellness Award 2017 yang dianjurkan Murfest dan Hitman Solutions Live Sdn Bhd yang juga penganjur SME & Entrepreneurship Business Award.

 
 

Profil Dee Dee Mahmood

Merupakan seorang Physiologist and Nutritionist yang telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan dalam masa yang sama merupakan Pensyarah Kanan Pengajar Akademik dengan Edith Cowan University, Australia. Beliau yang sangat komited dengan bidangnya, telah mempunyai pengalaman dan kepakaran sebagai Pensyarah Consultant & Visiting Universiti Malaya, Pensyarah Akademi Sukan Amerika Syarikat, Akademi Sukan Antarabangsa, Majlis Latihan Amerika dan Majlis Sukan Singapura.

Beliau juga merupakan lepasan Sarjana Sains di Edith Cowan University, Australia dan lepasan sarjana di Nanyang Technological University (NIE), Singapura. Kemudian, menyambung penyelidikan PhD yang turut disokong oleh Universiti Kebangsaan Singapura di Universiti Malaya.

Dee Dee juga pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Saintifik Antarabangsa untuk WHO mengenai persidangan perubatan latihan dan Duta Besar Antarabangsa mereka pada tahun 2018 ini.

Ekoran penganugerahan itu, beliau diberi tanggungjawab sebagai Ambassador Antarabangsa oleh WHO dalam bidang yang beliau ceburi ini.



Kejayaan beliau itu telah membantu lebih ramai wanita untuk sihat kerana beliau sendiri pernah gemuk dengan berat 95 kilogram (kg) sehingga menyebabkan kemurungan, kurang keyakinan diri dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Beliau sedaya upaya membantu lebih ramai wanita khusunya agar dapat sihat dan cergas serta yakin dengan diri sendiri.

Menerusi pelbagai program yang dilaksanakan, Dee Dee yakin dapat membantu golongan wanita keluar daripada masalah kesihatan.

Tahniah diucapkan kepada Dee Dee Mahmood atas pengiktirafan International Scientific Committee & International Ambassador untuk World Conference on Exercise Medicine oleh World Health Organisation (WHO).

Post a Comment

0 Comments