Ticker

6/recent/ticker-posts

Filem Hichki Tular Kerana Kisah Realiti Kehidupan

Ketika filem ini menular di media sosial, filem Hichki yang berasal dari Negara India ini sudah pun ditayangkan dinegaranya sendiri pada tahun lepas (2017). Pada 28 Mac 2018, Team Propa Rangers  berpeluang menonton filem Hichki di TGV Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya


Filem Hichki arahan pengarah terkenal, Siddhart Malhotra yang juga merupakan actor pada filem Aiyaary. Beliau telah mengarahkan filem Hichki ini bersama seorang lagi rakan beliau iaitu Aiditya Chopra.

Lakonan mantap Rani Mukerji kembali hadir dalam filem ini setelah sekian lama bersara dari lakonan. Terakhir, Rani telah berlakon dalam filem Mardaani yang diarahkan oleh Pradeep Sarkar pada tahun 2014.

Selain Rani Mukerji, pelakon-pelakon hebat lain turut membintangi filem ini ialah Ivan Rodriguez, Supriya Pilgaonkar, Asif Basra, Shivkumar Subramaniam, KunalShinde, Harsh Mayar dan Suprio Bose. 

Filem Hichki yang diterbitkan oleh produksi Yash Raj Films telah ditayangkan pada tanggal 23 Februari 2018. Perlu juga diketahui di mana filem Hichki merupakan hasil adaptasi filem berjudul Front of the Class yang telah ditayangkan pada tahun 2008. 


Sinopsis Filem Hichki

Mengisahkan seorang wanita, Naina Mathur yang cantik tetapi mengalami masalah syndrome Tourette sejak dari kecil lagi. Beliau juga merupakan seorang guru. Dengan berkat dan kerja kerasnya selama itu, akhirnya Naina dipercayai untuk menjadi guru di sebuah sekolah di Mumbai. Di sana, pendapatan dan ekonomi masyarakat di situ sangat rendah dan Naina berusaha untuk melakukan sesuatu yang hebat dan boleh dibanggakan kelak.


Review Propa Rangers


Kami dari Propa Rangers sangat-sangat terharu dengan jalan penceritaannya dan merasakan Hichki memang sebuah filem yang hebat untuk ditonton. Filem yang berkongsi kesedihan, kegembiraan, kekeluargaan, persahabatan, kehidupan pasti terkesan kepada semua penonton. Ada di kalangan kami sendiri menitiskan air mata dek lakonan mantap pelakon-pelakon hebat filem Hichki ini.

Di sebalik kelemahan yang dialami Naina, beliau tetap berjaya merubah sifat anak-anak di sekolah tersebut di mana pada awalnya nakal sehingga menjadi luar biasa hebat kepada keluarga dan masyarakat.

Suapan emosi dan perasaan bahagia dicampur aduk dalam filem ini menjadikan ia sebuah filem wajib tonton dan selayaknya mendapat penganugerahan filem terbaik. Kepada anda di luar sana, jangan lupa untuk menyaksikan filem dari Negara India yang terbaru ini di panggung wayang berdekatan anda. Tonton Jangan Tak Tonton!

Dengan ini, Team Propa Rangers ingin beri 
4.5/5
Bintang


Kami mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Hans dari KakiSini atas jemputan secara ekslusif kepada kami. Semoga ukhuwah terjalin baik hendaknya. Ada lagi, jemput kami ye. Hehehe..

Post a Comment

0 Comments