Ticker

6/recent/ticker-posts

Basmati Blues - Filem Muzikal Yang Mempesonakan


Jika dahulu kita tahu filem muzikal didominasikan oleh Bollywood. Mereka lah yang jua telah memperkenalkan ke serantau Asia. Dari filem evergreen seperti Sangam, elemen nyanyian dikekalkan sehingga kini, cuma ianya sudah berbeza dan moden. Kini satu lagi filem muzikal yang menggabungkan dua dunia bertentangan, Hollywood dan Bollywood mula menjadi perbualan hangat. Filem Basmati Blues ini adalah filem muzikal komedi romantik Amerika Syarikat pada tahun 2017.



Sinopsis Basmati Blues

Basmati Blues adalah filem komedi muzikal yang membawakan Linda Watt (pemenang Anugerah Akademi Brie Larson) yang mana beliau memegang watak sebagai seorang saintis muda yang sangat cemerlang dalam syarikatnya dan telah dihantar ke India oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (Donald Sutherland) untuk menjual "Rice 9", beras yang berasaskan genetik yang diciptanya. Tanpa disedari Linda, beliau telah memusnahkan petani India yang dia fikir dia membantu. Apabila tiba di sana, Linda terkejut dengan kekacauan yang hampir tidak terkawal itu di India. Dia yang telah diperkenalkan kepada birokrat muda yang bercita-cita tinggi, William Patel (Saahil Sehgal).
Filem ini mengisahkan antara pertembungan dua budaya iaitu India dan Barat.  Ia mengisahkan tentang seorang saintis muda, Linda Watt dan seorang pelajar kolej, Rajit (Utkarsh Ambudkar). 

Walaupun sikap bertentangan mereka, Rajit mula jatuh cinta dengan Linda. Dia akhirnya membuka mata yang mana faktanya dia sendiri tanpa sedar telah menjadi sebahagian perosak pelan.

Basmati Blues yang mengiramakan denyut dan warna-warni India penuh bersemangat dengan menampilkan lagu-lagu asli yang ditulis khas dari filem artis global Pearl Jam, Sugarlang, Goldspot, Dave Baerwald dan Sonu Nigam.

 
 

Review Propa Rangers

Tontonan selama 1 jam 45 minit ini memberi ruang dan persepsi di mata kasar kami di mana setiap apa yang diinginkan memerlukan daya usaha yang bersungguh-sungguh dan juga mendapatkan kerjasama dari masyarakat agar kita tahu sistem kebudayaan mereka. Filem muzikal komedi romantik ini memang memberi sinar baharu kepada peminat Bollywood tanah air kerana ia bukanlah penceritaan yang berlandaskan cinta sahaja, malah ia juga mampu membangkitkan persepsi diri anda dalam suasana sedih, gembira, cinta keluarga dan teman serta masyarakat.


Jangan lupa untuk menyaksikan filem muzikal komedi romantik Basmati Blues ini di pawagam berdekatan anda yang akan bermula pada 05 April 2018.

Dengan ini, Propa Rangers ingin memberi
3.5/5
Bintang

Post a Comment

0 Comments