Ticker

6/recent/ticker-posts

Konsert Malam Nostalgia Tampil 12 Artis Veteran



Seramai 12 orang artis veteran bakal membuat persembahan di Konsert Malam Nostalgia Lagenda yang akan diadakan pada Ahad ini (18 Mac 2018).

Konsert ini merupakan anjuran bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), PR Charity Lane dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan berlangsung di Auditorium DBKL. Dalam sidang media yang diadakan pada 7 Mac 2018 lalu, Konsert Malam Nostalgia Lagenda @ KL Rhtym Nite ini pernah dua kali diadakan di lokasi Wow KL. Bagi meneruskan program ini, siri persembahan seterusnya diberikan penghormatan untuk dilanjutkan dalam format yang lebih gala, yang mana ia akan menampilkan 12 artis veteran paling istimewa dan bakal diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pengarah Muzik, Mohamad Adzan Mohd Fadzil.


la juga adalah sebuah konsert dalam siri penjenaan KL RHYTHM NITE yang dilaksanakan oleh Unit Muzik DBKL yang akan mengetengahkan pelbagai hiburan bermutu dan berprestij dari masa ke semasa. Idea asalnya terlahir apabila Karyawan dengan kerjasama PR Charity Lane telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu acara yang bakal menampilkan pelbagai artis veteran dan lagenda pada setiap bulan di lokasi WOWKL! (dulunya dikenali Saloma Bistro) sebagai membuka peluang kepada artis-artis veteran meneruskan kerjaya seni merekayang mana kini terdapat banyak persaingan dengan lambakan artis-artis baru. 

"Cadangan ini timbul setelah Karyawan mengadakan perbincangan dengan Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Pengasas PR Charity Lane dan juga bekas Senator, tentang nasib para artis lama ini, seterusnya diketengahkan kepada WOWKL! dan mereka amat berminat untuk menaja dan merealisasikan perkara ini" ujar Dato Freddie Fernandez.

Setelah mendapati ianya mempunyai potensi memberangsangkan, pihak Unit Muzik Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merealisasikan dalam skala konsert dengan iringan Okestra Kuala Lumpur di bawah bimbingan Pengarah Muzik Mohamad Adzan Mohd Fadzil dan akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 18 Mac 2018 (Ahad) bermula jam 8.30 malam dan bakal menampilkan 12 artis iaitu Jay Jay, Rahimah Rahim, Fredo, Dato Yusni Hamid, Herman Tino, Datin Paduka Julie Sudiro, V. Sarangapan, Rozita Rohaizad, Shidee, Aspalela Abdullah yang akan dihoskan oleh Imuda dan Abon.


Konsert ini dianjurkan secara PERCUMA dengan syarat para pengunjung mendapatkan terlebih dulu PAS MASUK yang disediakan dan dijangka akan mendapat sambutan terhangat di kalangan pencinta seni tanahair. 

Kepada yang berminat, boleh mendapatkan PAS MASUK PERCUMA di talian HOTLINE 04-26176300 (Cik Anis Syafinaz) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 


Post a Comment

0 Comments