Aiman Tino kini semakin meningkat naik dengan kemunculan tanggungjawab baharu sebagai pengarah urusan syarikatnya, Manno Resources Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 19 Disember tahun lalu.
Aiman, 19, berkata, dalam usianya yang masih muda ini, beliau tidak merasakan ia satu bebanan dan halangan, malah ingin berusaha mengemudi syarikatnya kerana ibu bapa beliau sendiri turut membantunya.

“Saya tahu usia saya masih muda tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya menggalas tanggungjawab tersebut kerana saya sentiasa ada keluarga terutama ibu dan ayah yang sentiasa ada di belakang saya.”
Syarikatnya kini memiliki hamper 50 pekerja dan modal yang dikeluarkan adalah milik beliau sendiri.
Menurutnya lagi, syarikat ditubuhkan setelah perbincangan mendalam dengan ibu bapanya dan nama Manno itu amat bersesuaian sekali apabila difikirkan semasak-masaknya.
"Untuk mengeluarkan sesuatu produk perlu ada modal dan perancangan. Ia bukan satu perkara mudah kerana selepas minuman, saya ada perancangan nak keluarkan jenama pakaian, produk kecantikan dan aksesori.Pelancaran produk Jus Manno iaitu jus minuman kesihatan pada 8 April 2018 lalu telah membawa Aiman Tino lebih bersemangat untuk menguruskan syarikatnya. Pemilihan nama Manno itu sendiri adalah panggilan yang digunakan oleh adiknya, Ikhwan ketika berusia tiga tahun.
Menurutnya lagi, syarikat ditubuhkan setelah perbincangan mendalam dengan ibu bapanya dan nama Manno itu amat bersesuaian sekali apabila difikirkan semasak-masaknya.
Penubuhan syarikat ini bukanlah bertujuan untuk kaya semata, tetapi ia lebih kepada kerja-kerja kebajikan kerana Aiman akan sumbangkan satu ringgit setiap pembelian kepada rumah orang-orang tua atau anak yatim.
Selain itu, Aiman Tino mengaku lagi yang beliau sudah mempunyai asas berniaga sejak berusia 16 tahun ketika mengendalikan perniagaan Char Kuew Teow di Dataran Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Aiman tidak pernah pun terfikir untuk bergelar sebagai penyanyi ketika itu kerana masanya lebih banyak membantu ayahnya menguruskan kedai makan. Dengan komitmen yang tinggi ditunjukkan Aiman, ayahnya mengeluarkan modal untuk perniagaan Char Kuew Teow. Dan, Aiman berjaya mencapai jualan RM500 ke atas dalam sehari.
Apabila umur sudah meningkat 18 tahun dan bergelar artis, barulah Aiman pulangkan perniagaan ini kepada ayah kerana mempunyai jadual yang sangat padat.

Aiman berhasrat untuk menambah ilmu dalam perniagaan dan pengendalian syarikat dengan memasuki kelas pengurusan yang disediakan nanti.
Team Propa Rangers mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Aiman sebaiknya.

0 Comments