Ticker

6/recent/ticker-posts

Hantu Kak Limah Pecah Panggung Catat Kutipan Tertinggi RM20.5 Juta



Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerbitan filem Hantu Kak Limah (HKL) kerana berjaya mencipta rekod ke-4 dengan mengutip RM20.5 juta dalam tempoh 11 hari tayangan. 

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini terus mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih kutipan tertinggi dalam sesebuah filem tempatan. Dikatakan sebelum ini, rekod tertinggi pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 dan menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuk juga Pengarah Mamat Khalid, barisan pelakon dan pekerja filem berasa bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan rakan media yang turut bersama menyokong dan meletakkan filem Hantu Kak Limah di kedudukan tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman. 

Sehingga hari ini, HKL masih rancak ditayangkan di 146 pawagam yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

 

Sumber: Astro Awani

Post a Comment

1 Comments

  1. HKL mmg best giler, baru dpt tgk ari sabtu lps..dlm panggung gelak saka,pkg kelakar tgk Dato Vida menyanyi

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)