Ticker

6/recent/ticker-posts

Langsuir - Filem Seram Romantik Lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha

Alhamdulillah... Team Propa Rangers telah berpeluang menghadiri Malam Tayangan Perdana Filem Langsuir yang telah berlangsung di MMCineplexes E@Curve pada 12 September 2018. Filem arahan Osman Ali ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 20 September 2018.


Sinopsis Filem Langsuir

Filem ini mengisahkan percintaan dua dunia berbeza antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan 5 orang kawan-kawannya pergi bercuti di pulau terlarang, Pulau Langsuir. Azlan telah jatuh hati dengan Suri dan tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Rakannya, Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri, telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan rakannya lagi satu iaitu Kamal. Namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad membalas dendam dan menghancurkan Zaman dan rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan? 

Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, filem Langsuir ini turut dibintangi oleh Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas. 

Filem arahan Osman Ali ini merupakan dilem sulung terbitan syarikat Guam Teamwork Sdn Bhd dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. Langsuir telah menjalani sesi penggambaran selama 25 hari yang berlangsung di Pulau Langkawi serta beberapa lokasi sekitar yang dipercayai telah ditinggalkan lama seperti Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai.

Filem
Langsuir

Pengarah
Osman Ali

Genre
Seram, Romantik, Komedi

Pelakon 
Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani, Naza Manas dan lain-lain.

Terbitan
Guam Teamwork Sdn Bhd & Nuansa Films

Terima kasih rakan-rakan yang hadir. Dari depan Hans Hanis, Otomen Taro, Illya LeYa, Faeez Azmi dan Zayani Zuklifli
Ulasan Filem Langsuir

Kemunculan dua pelakon hebat Remy Ishak dan Amerul Affendi di awal permulaan filem ini memang cukup gah dan hebat. Rasa keseraman dan kelucuan silih berganti ketika menontonnya. Lakonan baru dari 5 sahabat Azlan yang telah muncul dalam filem ini boleh dikatakan baru berjinak dalam dunia lakonan. Masih baru untuk mereka melangkah seperti Remy Ishak dan Amerul Affendi. Walau bagaimanapun, kami merasakan ia satu peluang yang hebat buat para pelakon baru untuk menonjolkan watak dan juga sebagai pelapis kepada generasi yang ada sekarang. Watak utama Azlan (Syafiq Kyle) membuktikan ia berjaya menjiwai wataknya dan Admin berpendapat yang watak Udin (Shahkimin) adalah watak terbaik di kalangan rakan-rakannya kerana berjaya menghidupkan suasana ceria dan wajar dipuji.

Adegan romantik dari watak utama, Azlan dan Suri di bawah sinaran bulan purnama
Filem Langsuir ini dari pengamatan kami merupakan sebuah filem seram dan romantik dan turut disulami lagenda dongeng masyarakat kita berkenaan hantu langsuir. Konsep dan idea filem ini sangat menarik, ditambah pengarahnya, Osman Ali cukup terkenal dalam penghasilan filem-filem jiwang. 

Cuma yang kami ingin tekankan adalah watak Azlan dalam permulaan cerita ini merupakan seorang yang alim, beragama dan solat daripada rakan-rakannya. Namun, apa yang kami lihat, terdapat beberapa babak di mana adegan 'peluk' antara Azlan dan Suri yang itu bukanlah dari seorang watak yang beragama.


Watak antagonis yang dilakonkan oleh Zaman (Firdaus Nadxaman) dan Kamal (Halim Radzi) memang menjiwai watak kejahatan. Namun, ia perlu digilap lebih lagi bagi menonjolkan lagi perwatakan mereka. 

Adegan "Propa lah sangat..." Illya LeYa dicekik Langsuir di Malam Gala Filem ini. Hehehehe...
Menyentuh genre seram dalam filem Langsuir ini, ia lebih kepada kesan bunyi yang dipamerkan. Dan kemunculan babak seram sudah pun dijangka. Filem Langsuir ini boleh dikatakan kepada elemen romantik dan komedi yang telah menenggelamkan elemen seram sebelum menontonnya. Ramai juga mengatakan filem Langsuir ini merupakan filem Twilight versi Malaysia. No komen! 


Apa-apa pun, kami sungguh terhibur dan seronok menonton filem ini. Sinematografi filem yang ditunjukkan ketika babak Suri dikejar Zaman melalui tebing-tebing bukit itu cukup terpegun. Dari awal filem, pemandangan tempat dan landskap cukup mempesonakan dan indah di mata. Memang Team Propa Rangers sangat puji tentang itu.

Turut hadir pelakon, Iqram Dinzly memberi sokongan kepada rakan-rakannya
Overall filem Langsuir ini seronok untuk ditonton kerana ia menghiburkan dengan kemunculan plot-plot yang tidak disangka yang ada pada filem seram. Cuba kau bayangkan, kau boleh ketawa dalam babak ketakutan dari watak-watak yang dilakonkan. 

Apa-apapun kepada kaki wayang dan penyokong filem tempatan di luar sana, selamat menonton filem Langsuir ini dan diharapkan juga semoga filem ini turut memperoleh kutipan hebat seperti mana filem-filem Malaysia yang terdahulu yang telah ditayangkan bulan lepas.


Post a Comment

1 Comments

  1. Seram tgk gambar tu. Kak ana tggu dekat astro je lah. Lama tak ke wayang ni.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)