Antara keseronokan apabila bercuti baik dalam mahupun luar negara sudah tentu adalah menikmati keenakan makanan yang ada di situ. Bercuti adalah masa untuk berehat dan jika ke Johor Bahru, pastikan anda memilih lokasi yang sudah cukup popular ini iaitu makan di Kilang Bateri dan memilih menu sajian Asam Pedas Johor di Cafe Trafo.
Asam pedas yang dihidangkan membuka selera. Ditambah lagi dengan keenakan suasana yang menarik yang ada di situ. Tambahan lagi, sajian menu dihidangkan bersama telur masin, sambal
belacan dan ulam-ulaman, pasti membuka selera anda yang memilihnya.
Menu lain juga boleh dinikmati jika anda tidak berkeinginan untuk makan nasi. Jangan lupa juga untuk merasai minuman Bandung Lavida yang sangat menarik dan sedap.
Menariknya selain menjamu selera, setiap hujung minggu, tetamu berpeluang menyaksikan persembahan muzik yang diadakan di situ.
Cafe Trafo terletak di Kilang Bateri Johor Bahru, No. 83, Jalan Tampoi, 81200 Johor. Ia dibuka dari jam 12.00 pm hingga 12.00 am setiap hari. Sebarang pertanyaan boleh layari laman Instagram mereka di:
0 Comments