Ticker

6/recent/ticker-posts

Promosi Back to School Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre


Selain busana, pemilihan kasut yang bersesuaian juga memberikan keyakinan kepada pemakai terutama anak-anak yang ingin ke sekolah bersama rakan-rakannya. Kebanyakan IbuBapa masih kurang kesedaran tentang kepentingan pemilihan kasut untuk anak-anak mereka. Mereka tidak sedar kanak-kanak yang sedang membesar perlulah ada sokongan kasut yang baik untuk proses tumbesaran yang sihat. 

Bila berhadapan dengan emosi ramai kenalan, belajar, bermain dan bergurau-senda menjadi satu kemestian buat anak-anak seusia itu. Apabila pulang dari rumah, anak akan mengadu sakit kaki, pinggang atau cepat lenguh kaki. Pasti kita sebagai IbuBapa akan menyangka yang mereka terlalu aktif di sekolah atau sengaja mengada-ngada. Namun, ia sebenarnya adalah tanda-tanda awal pemilihan kasut yang tidak betul. Keselesaan pada kaki amat penting untuk mereka melalui rutin harian yang padat di sekolah.


Bagi menambah pemilihan kasut yang sesuai, Sunfeet International Rehabilitation Centre yang diasaskan oleh Mr. Lee Joo Wee memenuhi kehendak dan impian bapanya, Mr. Lee Yi untuk mewujudkan satu pusat orthotics dan prosthetics bagi membantu pesakit yang mengalami masalah musculo-skeletal dan kecacatan fizikal. 

Sunfeet kini diuruskan oleh individu terkenal dengan gelaran “Orthotics & Prosthetics Expert”, Dato’ Dr. Edmund Lee dan ia merupakan satu-satunya perniagaan yang diuruskan oleh 3 generasi keluarga dari tahun 1978 hingga kini.


Elegan, fleksibel, kestabilan, terkini dan cantik memang menjadi elemen dan dititikberatkan dalam penghasilan koleksi kasut. Antara kelebihan kasut sekolah di Sunfeet International Rehabilitation Centre adalah semua kasut yang dikeluarkan merupakan kasut yang mempunyai sokongan yang baik untuk kaki dan tulang buat anak-anak yang sedang membesar.

Jika tidak tahu anak anda ada masalah, boleh datang dan rujuk ke Sunfeet untuk merasai pengalaman PERCUMA analisa kaki.


Promosi Back to School

Bersempena dengan sesi pesekolahan tahun baru pada tahun depan, Sunfeet International Rehabilitation Centre telah mengeluarkan koleksi kasut sekolah yang terbaru direka khas oleh Dr. Edmund sendiri. 

IbuBapa tidak perlu risau kerana koleksi kasut ini termasuk kasut putih dan kasut hitam. Semua kasut sesuai untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Waktu Operasi:
Buka setiap hari, 7 hari seminggu

Masa
10AM - 7PM

Alamat:
 Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Telefon
013-5283939 / 013-9122939

Website
 
Facebook:  

Post a Comment

0 Comments