Berakhir lah sudah Gegar Vaganza
musim 5 tahun ini. Di konsert akhir semalam yang berlangsung di Auditorium
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), satu kejutan diumumkan di mana penyanyi
Noryn Aziz telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Gegar Vaganza 5 (GV5).
Noryn yang menyanyikan lagu
Laskar Cinta nyanyian asal Dewa 19 duet bersama artis jemputan Awi Rafael dan
Where Is The Love (Black Eyes Peas) gandingan bersama Dia Fadilla telah
menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Amelina, Zamani, Maya Ruslee,
Dia Fadilla dan Billy Zulkarnain.
Menurut Noryn, beliau bersyukur
dengan kemenangan ini dan ia tidak mungkin dapat dilupakan dalam karier
seninya. Kemenangan itu juga melayakkan Noryn menerima hadiah kemenangan berupa
wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta
sebuah trofi.
Sementara itu, Dia Fadilla
memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000,
penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.
Penyanyi Zamani pula berada di
tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM30,000, penginapan di Royal
Chulan Hotel & Resort berserta trofi. Tempat keepat menjadi milik Amelina
dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi manakala tempat kelima dan
keenam pula menjadi milik Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. Mereka juga
masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Selain itu, bintang Cuckoo paling
gempak dan menyerlah menjadi milik Zamani.
Dalam pentas akhir itu, peserta
perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian duet bersama artis jemputan dan
pusingan battle. Kesemua persembahan telah dinilai oleh juri tetap iaitu Datuk
Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim berserta juri jemputan Datuk DJ Dave dan Joe
Flizzow. Konsert Akhir Gegar Vaganza 5 ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan
Muse.
Sumber: mstar online
2 Comments
Ingatkan zamani menang... Lagu duet BUNGA tu best...
ReplyDeleteKannn... LeYa pun beranggapan Zamani menang.. Hehe..
Delete