Sempena hujung tahun dan cuti
sekolah kali ini, Sunway Lagoon Malaysia
akan mengadakan satu perayaan besar bermula 1 hingga 31 Disember 2018 ini. Sambutan percutian “It’s Wipeout”, Sunway Lagoon
menampilkan banyak aktiviti menarik kepada semua pelawat dari semua peringkat
umur.
Pengunjung yang datang pada bulan
Disember ini pasti berasa seronok dan menghiburkan dengan kepelbagaian aktiviti
yang akan dilaksanakan di sana. Anda yang teruja dengan aktiviti air pasti menjadi
lebih seronok dengan cabaran “It’s
Wipeout Wild Water Run” @ Mali Cove
yang akan menampilkan floating inflatables.
Hadiah harian seperti JBL speakers dan juara akhir bulan akan bertarung
untuk memenangi GoPro Hero 7
bernilai RM1,900!
Selain itu, aktiviti menarik yang
akan berlaku di Party Zone @ Mali Cove
di mana para tetamu akan dihiburkan dengan DJ serta pelbagai persembahan
menarik. Sementara itu, kanak-kanak dan remaja pasti teruja di Kids Zone @ Mali Cove yang akan
menawarkan foam party, ball pit, floatie
toys pool dan boleh turut serta dalam kesemua aktiviti menarik itu.
Sunway Lagoon’s Beach Bistro pula
akan menjadi tuan rumah untuk Hi-Tea pada setiap hari di bulan Disember ini yang
akan menawarkan sesi bertemu bersama “Man
in Red” di mana beliau akan mengedarkan seberapa banyak barang kejutan.
Hi-Tea ini akan bermula pada 2.30 petang hingga 5.00 petang dan akan membuat
demonstrasi Gingerbread Cookie dan
juga sesi tontonan filem bersama mascot Sunway
Lagoon, Kapten Quack dan Lady Quack.
Pada hujung minggu pula (Jumaat,
Sabtu & Ahad), pengunjung boleh mengisi hari mereka di Sunway Lagoon Beach Bistro yang menawarkan Makan Malam BBQ khas di situ dengan menu kegemaran yang hebat dan
enak termasuk pencuci mulut yang berwarna-warni. Keseronokan itu tidak terus
berhenti di situ! Bagi golongan dewasa atau yang berumur dan mempunyai
kemahiran aktiviti agak lasak, boleh cuba beraksi di Flow Rider dan Dunking
Machine. Kanak-kanak juga boleh bergembira di aktiviti lantunan di Castle Inflatable terbesar dan mereka
boleh berimaginasi dalam alam fantasi mereka di situ.
Aktiviti malam ini akan menjadi
Night Parade pertama di Sunway Lagoon yang akan berlangsung sekitar jam 7.30
malam. Acara ini pasti tidak boleh dilepaskan di mana ia akan memaparkan Kapten
dan Lady Quack yang dihiasi dengan pakaian Christmas, unicyclists, jugglers, balloon bearers, DJ Truck dan Santa.
Kesemua aktiviti ini pasti
memberikan keseronokan tidak terhingga. Namun, Sunway Lagoon terus juga
meningkatkan lagi pelbagai aktiviti yang akan berlangsung sepanjang hari di
pelbagai lokasi di Sunway Lagoon ini. Ini termasuklah Pertunjukan Krismas Swashbuckling,
“Jingle Bells Rock!”, Evolution of Dance,
acara Slime Time, special fire performance dan A Tale of Mount Berapi & Wave of Fun
Show. Mereka yang juga berkeinginan untuk melihat hidupan liar boleh
menonton Teater Hidupan Liar di Wildlife Shows, Sunway Lagoon.
Pelawat yang ke Sunway Lagoon’s
Nickelodeon Lost Lagoon, dalam masa yang sama berpeluang untuk bertemu watak
kegemaran Nickelodeon mereka seperti SpongeBob
Squarepants, Patrick Star dan tidak lupa juga Teenage Mutant Ninja Turtles dan Dora the Explorer.
“We’re pulling out all the stops with a no-holds-barred approach to
this Wipeout Wonderland as we like to call it. Sunway Lagoon decided to create
a truly memorable grand experience where families and friends can spend quality
time together while having barrels of fun and laughter which they will remember
and cherish for a long time,” said Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.
Bagi mereka yang sedang mencari
tempat menarik untuk menghabiskan Malam Tahun Baru mereka, boleh lah ke Glowtopia Festival yang semuanya dibawa
dari Amerika Syarikat dan akan berada di Sunway Lagoon untuk kali pertama di
Malaysia. Pengunjung bolehlah melihat kerlipan cahaya yang banyak di dalam
kegelapan malam termasuk Backlight Slide,
Glow Battle Zone yang menyeronokkan,
persembahan secara langsung dan pertunjukan bunga api. Festival ini dibuka
kepada umum yang berumur 7 tahun ke atas. Tiket Glowtopia Festival boleh
didapati dari harga RM89.
1 Comments
bestnya aktiviti sini
ReplyDelete