Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Filem Animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Portal Propa Rangers sekali lagi dijemput hadir untuk menyaksikan filem animasi terbaik dari Les' Copaque Production Sdn Bhd pada 5 Mac lalu di Malam Gala Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang diadakan di GSC Mid Valley. Kembar animasi no. 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali semula ke layar perak setelah 10 tahun dan filem animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini diarahkan oleh tiga pengarah muda berbakat iaitu Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri) dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). 


Pada malam gala tersebut turut dihadiri barisan tetamu kehormat, YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dr. Mazlee, Menteri Pendidikan, penerbit, pengarah, barisan pelakon suara, para karyawan industri dan juga pihak media.



Selain itu, turut memeriahkan pentas dengan persembahan mantap Ernie Zakri dengan nyanyiannya "Buai Laju-Laju" dan Fakhrul Razi yang menyanyikan lagu "Keris Sakti". Kedua-dua lagu ini merupakan OST filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mana skor muzik asal dan runut bunyi dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague.

Fakhrul Razi - Keris Sakti (Live)

Ernie Zakri - Buai Laju-Laju (Lyric MV)

Sinopsis Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama "Inderaloka". Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang yang akan mengimbau kembali nostalgia penonton dengan cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

Filem
Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Genre
Animasi, Pengembaraan

Pengarah
Adam Amiruddin
Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim
Ahmad Razuri Roseli

Penerbit
Les' Copaque Production Sdn Bhd

Penaja Utama
Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI)

Pengedar
GSC Movies
Astro
FunNow
Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)

Bahasa
Bahasa Melayu

Tarikh Tayangan
21 Mac 2019

Klasifikasi
Umum

Barisan Pelakon Suara
Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf dan lain-lain.



Ulasan Ringkas Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Permulaan filem membawakan dua kembar animasi yang diminta Tok Dalang untuk membersihkan ruang stornya. Kemudian, sedang asyik mereka membersihkan stor tersebut, seekor ayam yang berdiri atas sebuah peti, bergegar dan membuatkannya lari lintang pukang sehingga terbuang najis di baju Tok Dalang. Dalam pada Tok Dalang pergi menukar pakaiannya, kawan-kawan Upin & Ipin datang untuk mengajak bermain. Namun, untuk memudahkan urusan Upin & Ipin, mereka turut membantu membersihkan ruang stor tersebut. Peti ajaib tadi kembali bergegar dan mereka memandang pelik antara satu sama lain. Setelah dibuka, didapati terdapat sebilah keris yang tidak punya bilah dan hanya Upin & Ipin mampu memegang dan membawa keris itu. Ketika mereka meneliti keris ajaib dan membaca tulisan pada keris itu, lantas mereka dibawa ke sebuah kerajaan dongeng bernama "Inderaloka" yang mereka sendiri tidak tahu di mana.

Mereka dipisahkan kepada dua pasukan di mana Upin, Ihsan, Jarjit dan Mei Mei telah bertemu Mat Jenin manakala Ipin, Mael, Fizi dan Susanti telah bertemu Pak Belalang dan anaknya. Mereka mula mencari jalan pulang tetapi tidak ketemui sehingga membawa ke sebuah perkampungan dan diburu Raja Bersiong yang menginginkan keris ajaib itu. Pelbagai halangan dan rintangan mereka lalui dan bertemu semula lapan sekawan di majlis keramaian dalam sebuah kampung. Ketika itu, kuncu-kuncu Raja memburu untuk menghapuskan mereka.



Plot penceritaan yang sangat baik yang mana menonjolkan watak-watak dongeng popular rakyat Malaysia suatu ketika dahulu dari satu babak kepada babak yang lain. Dalam pengembaraan Upin dan Ipin ke Kerajaan Inderaloka, animasi lukisan pemandangan ketika Upin dan Ipin bersama kawan-kawan mengembara mencari jalan pulang sehingga bertemu dengan Mat Jenin dan Belalang begitu indah sekali persis berada di sebuah zaman empayar Melaka dan turut diselitkan kisah rakyat Singapura dilanggar todak dan Kisah Si Tanggang. 


Ternyata kepakaran anak-anak tempatan semakin hari semakin baik dalam pembikinan filem animasi setanding filem animasi luar seperti Disney, Dreamworks dan lain-lain. Setiap bunyi yang terhasil dalam filem juga sangat baik dan membolehkan filem ini merupakan filem animasi terbaik untuk tahun ini.

Kemunculan Raja Bersiong dengan garangnya yang menampilkan animasi bunyi jeritan yang kuat agak membingitkan telinga ramai penonton namun tidak mengecewakan bilamana dapat dilihat animasi sekumpulan lebah menjadi manusia. Bagi kami yang juga pernah membuat sedikit animasi pendek dahulu, ia sebenarnya memerlukan kepekaan terhadap satu gerak motion dan ia mengujakan bilamana gerakan motion sekumpulan lebah bertukar manusia sangat baik sekali. Kami sendiri pun sudah lupa bagaimana ia dilakukan.




UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL merupakan sebuah filem animasi terbaik tahun ini dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019 selari dengan musim cuti sekolah penggal pertama. Ia diharapkan filem ini dapat menjadi filem pilihan tontonan keluarga kerana semestinya filem ini bukan sahaja diminati kanak-kanak malah turut disukai Ibu Bapa sehinggalah atok dan nenek.

Jangan lupa kepada pembaca Portal Propa Rangers untuk turut pergi menonton filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL dan tinggalkan pendapat anda di ruangan komen setelah pergi menontonnya nanti. Sila kongsi artikel ini untuk sama-sama membantu memartabatkan filem tempatan ke persada dunia.


Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik. Boleh bawak anak tengok cerita ni nanti

    ReplyDelete
  2. lambatnya nak kluar filem ni.hihihi.. tak sabar nak bawak anak-anak g tengok..

    ReplyDelete
  3. Tak sabar yer nak pergi tonton movie ni harap ia akan jadi fenomena seperti mana filem pertama upin ipin suka sangat tonton banyak kali...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)