Ticker

6/recent/ticker-posts

Keluarga Iskandar The Movie Bakal Menemui Peminat Tidak Lama Lagi


Berita gembira telah diumumkan oleh penerbit filem, En. Jamaluddin Karim dari KL Motion Pictures yang mana syarikat produksi bakal menerbitkan filem adaptasi siri televisyen popular, Keluarga Iskandar The Movie.

Keluarga Iskandar merupakan sebuah drama komedi bersiri tentang kehidupan seharian keluarga arwah Haji Iskandar yang terdiri daripada Mak Jah dan lima orang anaknya serta keluarga masing-masing. Dengan menggunakan pendekatan mockumentary ala siri televisyen antarabangsa "The Modern Family", siri ini berkisar tentang keluarga sederhana dalam masyarakat Malaysia moden di Johor Bahru dengan beberapa adegan di sekitar Lembah Klang.


Sewaktu Keluarga Iskandar memulakan musim pertama pada tahun 2012 di Astro Prima yang baru mula beroperasi, stesen televisyen itu hanya mensasarkan jumlah penonton yang sedikit. Kemunculan Mak Jah dan keluarga besarnya dalam paparan isu-isu kekeluargaan yang mudah difahami dan diselami oleh penonton dengan gelagat yang bersahaja dan dialog-dialog yang santai dan lucu, menjadikan Keluarga Iskandar sebuah nama keluarga terbesar di Malaysia.

Kekuatan Keluarga Iskandar diuji sekali lagi bilamana pihak Astro memindahkan tayangan musim kedua drama komedi bersiri tersebut ke saluran berbayar, Astro Warna yang mula beroperasi pada tahun 2014. Keluarga Iskandar menjadi sebuah drama bersiri keluarga paling berpengaruh bagi saluran berbayar bagi musim kedua sekaligus melayakkan Keluarga Iskandar menjadi Siri Televisyen Komedi Terbaik bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahu berturut-turut.


Penghasilan filem turut disokong penuh oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang bertanggungjawab merancang, mempromosi dan memudahcara pembangunan Iskandar Malaysia yang terletak di selatan tanah air. Sektor kreatif adalah salah satu daripada sembilan sektor utama yang menjadi fokus dalam pembangunan di Iskandar Malaysia, terutamanya dalam membangunkan dan meningkatkan bakat dan industri kreatif. Dengan kerjasama ini, ia memberi peluang dan manfaat kepada bakat kreatif tempatan di Iskandar Malaysia untuk mendapat pendedahan dan pengalaman dalam proses rakaman filem.

Selain itu, rakan-rakan strategik Iskandar Malaysia seperti Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) dan Fakulti Seni Sinematik, Universiti Multimedia (MMU) turut menyumbang kepada pembangunan industri dan pertumbuhan bakat kreatif tempatan. 

Kerjasama yang diberikan untuk "Keluarga Iskandar" ini telah dimeterai sejak penerbitan awal siri drama ini pada tahun 2013 dan 2015. Bagi filem Keluarga Iskandar ini, kira-kira 70% penggambaran filem akan dijalankan di sekitar Iskandar Malaysia seperti Kota Iskandar, pusat bandaraya Johor Bahru LEGOLAND Malaysia, Sanrio Hello Kitty Town dan Kampung Kong Kong, Masai.


Justeri itu, ia sebenarnya untuk memaparkan tempat-tempat menarik hasil daripada pembangunan pesat di Iskandar Malaysia sekaligus dapat menjadikan Iskandar Malaysia sebagai sebuah Metropolis yang kukuh dan mampan bertaraf antarabangsa.

Produser Eksekutif, Wan Hasliza Wan Zainuddin yang memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem Keluarga Iskandar The Movie juga memperkenalkan barisan pelakon yang bakal membintangi filem itu yang sebahagiannya adalah pelakon-pelakon asal siri kegemaran ramai itu. Antara pelakon yang bakal menghangatkan lagi Keluarga Iskandar The Movie adalah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Azhar Sulaiman, Iz Ilham, Khaireesya Kemal, Raja Ema, Wan Rania Humairah, Mustaqim Mohamed dan Wan Adam Danish. Turut diperkenalkan juga penampilan khas dalam Keluarga Iskandar The Movie termasuk Zara Zya, Faiz Dickie, Zarina Zainuddin, Amy Mastura dan Ajak Shiro.


Pihak KL Motion Pictures amat berterima kasih kepada pihak Astro kerana memberi peluang untuk menerbitkan filem Keluarga Iskandar The Movie kerana peminat-peminatnya sering ternanti-nanti sekuel kesinambungan cerita keluarga ini di penghujung musim kedua siri Keluarga Iskandar yang mana terdapat beberapa adegan yang sengaja digantung kesudahannya membuatkan ramai penonton teruja untuk mengetahui penghabisan kisah keluarga ini. Keluarga Iskandar The Movie bakal menemui penonton diluar sana pada bulan Septermber nanti.


Untuk maklumat lanjut mengenai Keluarga Iskandar The Movie, layari seperti tertera di bawah

Website

Facebook

Instagram

Twitter

#keluargaiskandarthemovie

Post a Comment

3 Comments

  1. Pasti ramai tidak sabar menunggu kemunculan filem ini nanti. Jangan ketinggalan ye uolls.. Hahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Yeay nak tgk lagi lah filem ni mmg best..

    ReplyDelete
  3. drama bersiri mmg liez suka.takjemu nak tengok. ada je kerenah nak-anak dan cucu. boleh jugak cuba tgk the movie pulak..

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)