Ticker

6/recent/ticker-posts

Gotong-Royong Perdana Bersama 10 Buah Kampung Di Wangsa Maju


Program Gotong-Royong hari ini makin tidak kelihatan di bandar-bandar besar. Bersempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Wangsa Maju, sebanyak 10 kampung warisan terlibat dalam gotong-royong memasak bagi memupuk nilai murni dengan kerjasama YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew pada 15 Jun 2019 bertempat di Madrasah Tarbiyah, Kampung Dalam Bandar, Wangsa Maju. 

Pengerusi PADU Pertubuhan Muafakat Perpaduan Kuala Lumpur, Tuan Hj Ishak bin Surin berkata, program ini adalah pertama kali dilaksanakan yang mana sebelum ini dilakukan oleh pihak katering dan InsyaAllah akan menjadi tradisi tahunan.

Aktiviti ini merupakan inisiatif yang dilakukan bertujuan memupuk semangat kerjasama dan toleransi antara masyarakat berbilang kaum yang kian ditelan zaman.


Aktiviti dijalankan secara bergotong-royong memasak di 10 buah kampung dan telah disertai oleh penduduk pelbagai peringkat usia. Hidangan yang telah siap dimasak akan dihidangkan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Wangsa Maju yang bertempat di Padang Bola Kampung Puah, Jalan Gombak, Wangsa Maju pada 16 Jun 2019.



Aktiviti ini turut mendapat sambutan yang baik dari YB Datin Paduka dan masyarakat setempat yang wajar dilaksanakan pada setiap tahun agar tradisi dan semangat kerjasama ini dapat diwarisi oleh generasi muda akan datang.


Walaupun dilakukan secara sederhana, kemeriahan dan keceriaan tetap terpancar sesama masyarakat ketika dilihat semasa memasak secara bergotong-royong. Diharapkan aktiviti sedemikian akan terus dikekalkan bagi mengeratkan ukhuwah di samping memupuk keceriaan dalam melaksanakan program.


Post a Comment

1 Comments

  1. wah seronoknya org2 kampung tu dalam bergotong royong dan bersilaturahim dan mengukuhkan ukhuwah kan

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)