Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Benar Studio Jalan Ampas dalam Filem 'Showtime 1958'


Kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul 'Showtime 1958'. Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem 'Showtime 1958' adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.


Seperti yang kita sedia tahu, suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an sehingga tetutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi.



Filem 'Showtime 1958' akan memaparkan beberapa kisah yang disampaikan secara kejadian yang berlaku dalam tempoh 24 jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu. 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal daripada Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan. 

Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasti dan Mubarak Majid, filem 'Showtime 1958' merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan.


Filem 'Showtime 1958' bakal memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020. 

SENARAI KREW PRODUKSI SHOWTIME 1958

Penerbit : FARID K AHMAD
                ANWARDI JAMIL

Penerbit Bersama : SARAH TANG YEN YEN

Penulis & Pengarah : ANWARDI JAMIL

Penolong Pengarah : CHRIS ARUEL

Pengarah Sinematografi : NORAZAM MOHD YUSOFF

Pengarah Seni : JIE IBRAHIM

Editor : NOORHAFIZ MOHAMAD NOR

Pengurus Produksi : RAZIF KAMAL

Pengurus Kewangan : AZLISHAM ABDULLAH

Penyelaras Produksi : AHMAD SAFWAN AZEMI
                                    SOFEA AMALINA ISHAK

Pakaian : COUTURE CLASSIC (M) SDN. BHD.

Pereka Pakaian : AKMA SURIATI AWANG

Rambut & Solekan : ANGGUN KASIH

Pengarah Muzik : RAJA ISKANDAR RAJA IBRAHIM
                              EBBY SAIFULLAH ALI

Kumpulan Tarian : TARIAN RUMBIA


Ikuti juga perkembangan terkenai mengenai Showtime 1958 di:

Instagram

Facebook

Post a Comment

0 Comments