Ticker

6/recent/ticker-posts

Sisik Restoran Ikan Bakar Tawarkan Makanan Laut Bakar Terbaik

Bagi anda yang duduk berdekatan dengan Lembah Klang pasti sering mengalami masalah tidak tahu nak makan apa. Ramai lah yang akan tidak habis-habis meneroka kedai-kedai dan restoran makan yang berada di sana.

Terbaharu, Team Propa Rangers ada berkongsi tempat makan menarik dan sedap yang berdekatan dengan GM Klang. Jom baca perkongsian di bawah.


Sisik Restoran Ikan Bakar

Sisik Restoran Ikan Bakar atau dahulunya lebih dikenali sebagai Resepi Warisan Tok ini ditubuhkan pada tahun 2013 dan menawarkan masakan Melayu asli dan makanan laut. Pengasas dan juga pemilik restoran  yang berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka telah menzahirkan cara memasak dan nama setiap hidangan yang disajikan di sini mengikut tempat-tempat kelahirannya. Paling penting harga sangat berpatutan dan puas hati.


Hidangan masakan yang memfokuskan kepada Masakan Kampung, Makanan Laut, Asam Pedas dan Nasi Lemak Buluh ini telah disukai ramai dan mampu meningkatkan pendapatan syarikat kepada jutaan ringgit dalam masa tidak sampai satu tahun.

Bagi sesiapa yang benar-benar suka dengan masakan kampung dan makanan laut, inilah tempat yang patut anda pergi. Memang terbaik. Jom kita lihat menu-menu yang sempat kami rasa masa singgah ke sana.







Nasi lemak buluh perindu yang sering menjadi bualan hangat itu sebenarnya adalah nasi lemak yang di kukus dalam buluh dan ia menjadi pasangan terbaik bagi setiap hidangan ikan bakar. Menu berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, pelbagai jenis ikan bakar tempoyak yang tidak hanya tertumpu pada ikan patin sahaja, sotong bakar, pahat dan sebagainya. Tidak dilupakan juga aneka pilihan asam pedas resepi warisan yang merupakan "hot seller" seperti Telur Ikan Mayong, Telur Sotong & Siakap


Bagi yang berminat dengan menu dan masakan moden, Sisik Restoran Ikan Bakar juga ada menyediakan Steamboat yang pasti memukau selera anda.


Lokasi & Alamat Kedai

berhadapan dengan GM Klang Wholesales City
No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi

Masakan Melayu Asli
8.00 pagi - 4.30 petang

Masakan Berasaskan Makanan Laut
5.00 petang - 12.30 tengah malam

Menu Utama

8.00 pagi - 4.30 petang
I. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap. 
II. Pelbagai jenis lauk- pauk Masakan Asli Melayu Menu Utama

5.00 petang - 12.30 tengah malam
I. Asam Pedas : menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong & Siakap. 
II. Ikan bakar : Bakar Tempoyak (pais) & Bakar Berempah. 
III. Sotong Bakar Madu. 
IV. Daging bakar


Photographer : Mieda al Rajab (https://miedajaz.blogspot.com/)

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik...tp jauh dengan akak..heheh..kalau tersesat ke sana boleh la kot pergi...makanan nampak menggoda betul tu ha

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)