Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Manusia Berkahwin Dengan Syaitan Dalam Filem Jodoh Syaitan


Setelah sekian lama Portal Propa Rangers menyepikan diri dari tontonan filem, kali ini Team Propa Rangers kembali beraksi dengan tayangan filem Jodoh Syaitan yang mana ia merupakan sebuah filem lakonan terakhir arwah Abam Bocey. Sama-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah buat beliau yang sangat baik dan meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. "Kita Baik, Ramai Sayang".

Okay... Berbalik kepada Filem Jodoh Syaitan. Filem bergenre seram komedi merupakan antara yang selalu mendapat tempat dalam kalangan penonton. Jadinya, pengarah, Ismail Bob Hasim bersama syarikat produksi DA MOTION MEDIA dengan pantas dan beraninya mencetuskan idea filem seram komedi berjudul Jodoh Syaitan ini bagi mengarah dan menerbitkan filem.


Sinopsis Filem Jodoh Syaitan

Mengisahkan tentang Megat, seorang pemuda kampung yang sering menemui kegagalan dalam percintaan dan akhirnya diminta ibunya, Mak Timah untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar.

Pada masa yang sama, Tok Salleh bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulop sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Salleh bagi memenuhi hawa nafsunya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Nantikan filem Jodoh Syaitan di pawagam pada 5 Mac 2020.


Barisan Pelakon
Soffi Jikan - Megat
Aprena Manrose - Mawar
Abam Bocey - Kulop
Jay Iswazir - Awang
Kamarool Hj Yusof - Tok Salleh
Fauziah Nawi - Mak Timah

Pelakon Pembantu
Intan Hazatulnisa Idrus - Leha
Siti Sarah Daud - Isteri Tok Salleh
Mazlina Abdul Majid - Isteri Kulop
Nik Suratul Suriana - Mayat Hantu Minyak Dagu
Mohamad Fathullah Aris - Pontianak
Nadia Farida - Teman Wanita Megat
Mahussin Dollah - Pelanggan Warung
Nor Aisham Izudi Aziz - Pelanggan Warung
Muhammad Fitri Hadi - Pelanggan Warung

Penampilan Istimewa
Ustaz Dato' Sharhan Shafie - Tok Imam
Dato Mokharul Shamsul Mokhtar - Wahid

Karyawan

Terbitan
DA Motion Media Sdn Bhd

Penerbit
Allahyarham Dato Mokharul Shamsul Mokhtar
Datin Norliza Samion
Prof Dato Dr Azman Ching

Pengarah
Ismail Bob Hasim

Penolong Pengarah
Azaromi Ghozali
Epi Kodiang

Jurukamera
Ang Yee Khee

Pengurus Produksi
Syed Muhammad Izzudin Syed Akil

Pengarah Seni
Muhammad Tarmizi Ramli

Skrip
Epi Kodiang

Jurusolek
Nor Syakila Onn


Ulasan Filem Jodoh Syaitan

Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat dan bakal menjadi filem box office disebabkan kehadiran pelakon-pelakon hebat yang membintangi filem ini seperti Soffi Jikan serta Allahyarham Abam Bocey yang pasti meninggalkan kesan yang terakhir buat semua. Kami merasakan filem Jodoh Syaitan ini adalah satu permulaan kepada langkah awal filem tempatan untuk membuat penonton sentiasa menunggu tayangan dari DA Motion Media pada tahun akan datang.


Babak permulaan memaparkan Megat yang sudah tiga bulan mendapatkan jodoh melalui media sosial dan berjumpa di satu tempat buat pertama kalinya. Pertemuan pertama Megat dan teman wanitanya gagal dek rupa paras Megat yang tidak disukai teman wanitanya itu. Hati hancur dan membawa diri pulang ke kampung halaman. Penonton dibawa adegan lucu dari Megat ketika bercinta di dunia maya. Penggunaan latar tempat dan masa yang diadaptasikan cukup baik pada bahagian pertama dalam mengembangkan kedua-dua watak ini bagi memenuhi ruang panggung dengan gelak tawa penonton. 


Bahagian kedua filem Jodoh Syaitan semakin berkembang dengan baik bilamana Megat pulang ke kampung halaman dan terdapat beberapa kejutan dari watak-watak lain seperti Abam Bocey, Jay Iswazir, Ibu Fauziah Nawi dan Kamarool Hj Yusof. Ianya sangat menepati ciri-ciri sebuah filem seram komedi yang adakalanya seram diselitkan juga lawak. Pengarah, Ismail Bob Hasim dilihat sangat hebat dalam pemilihan dan pembinaan watak serta plot cerita yang dilihat tiada ruang kosong yang semuanya hampir terisi dengan cerita seram komedi yang baik. Segala-galanya agak baik dan Portal Propa Rangers bersetuju jika filem ini diangkat sama seperti filem Hantu Kak Limah yang box office suatu ketika dahulu. Dibarisi pelakon-pelakon hebat dan aksi lakonan juga di tahap kualiti yang dikehendaki.


Tidak dinafikan bahawa filem Jodoh Syaitan ini berjaya membuatkan penonton di akhir tayangan berdiri dan bertepuk kerana memberikan satu karya yang cukup menarik dan terhibur. Kami dapat merasakan filem ini bakal mendapat tempat di hati penonton dan akan menjadi box office kerana jalan ceritanya yang ringkas dan ringan untuk difahami. Kami juga berharap agar filem ini dapat memberikan satu harapan yang terbaik kepada pengarah dan penerbit untuk berkarya lebih baik lagi di filem akan datang.


Jadi, kami mengucapkan selamat menonton kepada semua pembaca Portal Propa Rangers di mana filem JODOH SYAITAN ini akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 5 Mac 2020. Jika artikel ini dirasakan baik, sudi-sudikanlah kongsi di ruangan media sosial anda. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda menonton filem ini di ruangan komen di bawah.


Pada majlis tayangan perdana filem Jodoh Syaitan yang berlangsung pada 28 Februari lalu, Ibu kepada Allaryarham Abam Bocey, Sabariah Arshad turut hadir untuk menyaksikan lakonan terakhir arwah yang sudah tentu menyentuh hati seorang ibu. Sebak kami melihatnya. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.


Post a Comment

0 Comments