Ticker

6/recent/ticker-posts

McDonald's Malaysia Beri Kelainan Pada Menu Ramadhan Kali Ini

Alhamdulillah... 4 hari sahaja lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Bila bulan Ramadhan menjelma pasti banyak menu-menu dan bufet ramadhan yang disajikan. Walaupun tahun ini kita menyambutnya dalam penuh kelainan, tak bermakna hidangan yang enak-enak pun tiada kan. Okay, jom ikuti cerita selanjutnya.


McDonald's Malaysia terus menyajikan pelbagai hidangan menarik dan menyelerakan menerusi menu Ramadhan istimewanya untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan. Antaranya termasuklah Foldover Ikan Rangup dan Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis baharu.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, pengenalan kedua-dua menu baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam menyediakan pilihan menu menarik sepanjang Ramadan dengan citarasa yang berlainan.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, para penngemar ikan akan mempunyai pilihan untuk menikmati Foldover Ikan Rangup dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis yang hangat. Turut dihidangkan bersama Kentang Goreng dan Teh Ais Limau, ianya merupakan hidangan yang sangat enak dan mengenyangkan untuk berbuka puasa. Selain itu, Foldover Ayam Grill lazat yang sentiasa menjadi kegemaran ramai turut diperkenalkan semula.


Penggemar Ayam Goreng McD juga boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu, iaitu bersama Sos Cili Manis enak yang akan memberikan anda rasa yang lebih mengagumkan. Nasi Lemak McD yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadhan, bukan sahaja membuka selera mereka yang berpuasa, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.

Permulaan Ramadhan tahun ini kita akan menyambutnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan walaupun dalam keadaan persekitaran yang mencabar, kita masih boleh bergembira dengan adanya menu istimewa dari McDonald's Malaysia sepanjang bulan ini. menerusi kemudahan saluran McDelivery dan Pandu-Lalu.

Pelanggan juga boleh berbuka puasa dengan menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dan kopi McDonald's pada bulan Ramadhan ini. Pai Coklat Pisang merupakan pencuci mulut terbaharu yang menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup. Penggemar kopi pula pasti tidak akan kecewa kerana McCafe turut memperkenalkan minuman Kurma baharu dengan ekstrak kurma sebenar, yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadhan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais dan Susu Kurma Ais.


Harga?


Foldover Ayam Grill dan Foldover Ikan Rangup masing-masing berharga RM16.99, lengkap dengan Kentang Goreng dan Teh Ais Limau dalam saiz sederhana.

Set 2 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis berharga RM15.49

Set 3 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis berharga RM20.24

Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD berharga RM12.99

Nasi Lemak McD dengan 2 ketul Ayam Goreng McD berharga RM15.99

Foldover Ayam Grill dan Foldover Ikan Rangup boleh didapati mulai hari ini (20 April) dalam tempoh waktu yang terhad, manakala Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis boleh didapati mulai 24 April. Pesanan bungkus untuk semua menu ini boleh dibuat di restoran-restoran McDonald's terpilih dan menerusi perkhidmatan Pandu-Lalu serta McDelivery.

Langkah-langkah Keselamatan McDonald's yang Dipertingkatkan Sepanjang PKP

Sepanjang tempoh PKP, McDonald's Malaysia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan Warga Kerja dan Pelanggannya. Ini termasuk pelancaran sistem Tanpa Sentuh dan Tanpa Tunai untuk perkhidmatan McDelivery. Bagi penghantar makanan, mereka mesti mematuhi langkah berjaga-jaga sebagaimana berikut ketika menghantar makanan kepada pelanggan:
  • Mereka dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis McDonald's
  • Mereka dikehendaki melakukan sanitasi tangan
  • Penghantar makanan mesti menjalani pemeriksaan suhu badan di luar restoran setiap hari
  • Seorang kru akan ditugaskan melakukan proses sanitasi dan membersihkan beg penghantaran setiap seorang penghantar makanan sebelum memasukkan makanan ke dalam beg masing-masing
  • Pengasingan tempoh pengambilan makanan (pick-up points) bagi penghantar makanan perkhidmatan McDelivery (MDS) dan penghantar makanan Grab Food dan Food Panda di restoran-restoran McDonald's

 

 

Dengan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuh McDonald's, langkah-langkah keselamatan tambahan dan amalan penjarakan sosial yang dipertingkatkan telah dilaksanakan, seperti:
  • Beg bawa pulang (take-away) ditutup rapi, dengan bacaan suhu badan penghantar makanan dan kru ditampal pada beg
  • Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di lokasi penghantaran
  • Penghantar makanan akan meletakkan makanan di tempat selamat yang telah dipersetujui
  

Di peringkat restoran, pihak syarikat telah memastikan standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi dipatuhi. Selepas restoran ditutup, setiap restoran akan menugaskan seorang Pengurus dan 4 kru untuk menjalankan pembersihan restoran secara menyeluruh dan terperinci. Ini meliputi ruangan seperti dapur, laluan Pandu-Lalu, ruang makan dan ruang penyimpanan. Semua kru dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan setiap masa. Ini termasuk kru yang ditugaskan memeriksa suhu badan pelanggan dan penghantar makanan.

Untuk maklumat lanjut, layari



Post a Comment

0 Comments