Ticker

6/recent/ticker-posts

NIKAHSATU Sediakan Servis Perkahwinan Digital Lengkap Buat Frontliner Malaysia

Nikahsatu, sebuah platform servis perkhidmatan digital tempatan baru-baru ini memperkenalkan kempen #RaikanCintaWiraKita yang menyediakan solusi perkahwinan digital penuh secara komplimentari yang unik buat semua pasukan petugas hadapan beruniform negara yang bercadang untuk berkahwin. Ini termasuklah di antaranya 100 kad perkahwinan fizikal yang ditaja sepenuhnya oleh Nikahsatu.


Melalui platform sehenti Nikahsatu yang dikurasi teliti, bakal pengantin boleh merancang pakej perkahwinan idaman mereka yang tersendiri - lengkap dengan pemilihan tarikh perkahwinan, senarai jemputan, servis fotografi, busana perkahwinan, lokasi, aksesori acara yang unik dan sebagainya. Pengalaman merancang perkahwinan menggunakan platform ini begitu mudah, malahan mirip dengan pengalaman merancang secara berhadapan.

Sektor perkahwinan adalah diantara industri yang dilanda pelbagai kerumitan akibat PKP yang dilancarkan kerajaan demi memerangi pandemik Covid-19. Dengan itu, para penggiat industri terpaksa menyusun semula strategi perniagaan. Nikahsatu mengambil peluang ini untuk memperkenalkan alternatif baru bagi pasangan yang ingin berkahwin dan pada masa yang sama mengikut kehendak Prosedur Operasi Standard atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kempen #RaikanCintaWiraKita ini adalah inisiatif terbesar oleh Nikahsatu untuk mendemonstrasikan misi teras syarikat walaupun turut merasakan impak negatif daripada situasi ekonomi yang begitu mencabar. 

 

Bertepatan dengan nama kempen itu sendiri iaitu #RaikanCintaWiraKita, ia dilancarkan dengan tujuan membalas jasa baik pasukan petugas hadapan beruniform Malaysia terutamanya mereka yang terpaksa menangguhkan perkahwinan demi tugas menjaga keselamatan negara dan rakyat. Pengorbanan yang begitu tinggi ini amat dihargai oleh keseluruhan rakyat Malaysia dan Nikahsatu ingin mengabadikannya dalam satu kempen yang juga selaras dengan slogan dan semangat #kitajagakita.

Menurut Naimran Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Nikahsatu, “Kami telah membuat kajian pasaran dan mendapati bahawa terdapat begitu ramai pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di seluruh negara, termasuk ahli pasukan petugas hadapan. Mereka begitu terkesan dengan impak pandemik global ini namun masih ingin untuk merancang perkahwinan yang diidamkan dan perlukan sokongan dalam merealisasikannya. Merancang perkahwinan memerlukan banyak masa, dan dengan keutamaan diberikan sepenuhnya kepada tugas menjaga keselamatan negara, proses merancang perkahwinan terpaksa diketepikan. Nikahsatu adalah jenama yang diwujudkan untuk membantu pelanggan meraikan kehidupan dan perasaan cinta, dan kami ingin membantu mereka di saat-saat yang begitu mencabar ini. Pasukan perubatan dan kesihatan Malaysia misalnya diiktiraf oleh organisasi elit dunia atas tugas cemerlang mereka memerangi wabak Covid-19. Inilah masanya untuk kita membalas semula kerja keras dan pengorbanan tidak berbelah bahagi mereka”.


Selain itu, Nikahsatu juga telah memperkenalkan satu inisiatif pembiayaan perkahwinan bagi pihak umum untuk menaja kos perkahwinan wira setempat atau yang berada di daerah mereka. “Ini adalah kelangsungan yang sangat menarik bagi kempen #RaikanCintaWiraKita yang membolehkan pihak umum untuk turut serta menaja perbelanjaan perkahwinan ahli petugas barisan hadapan yang telahpun dipilih oleh Nikahsatu dari daerah-daerah berlainan seluruh negara. Sekali lagi, ini amat bertepatan dengan misi #kitajagakita yang amat dekat dengan jiwa rakyat Malaysia” tambah Naimran. 

Kempen #RaikanCintaWiraKita akan bermula dari bulan Ogos sehingga Disember 2020 bagi tempahan dan perancangan perkahwinan sehingga Disember 2021. 

Ketika tempoh PKP, Nikahsatu telah melancarkan beberapa alat atau ‘tools’ bagi perancangan perkahwinan digital diantaranya RSVPPKP yang membolehkan bakal pasangan untuk mencipta senarai jemputan perkahwinan yang ideal ketika tempoh kawalan. Nikahsatu di dalam direktorinya yang dikurasi teliti mempunyai beberapa nama besar yang amat popular seperti The Calla – iaitu pereka set persandingan dengan klien yang cukup dikenali seperti Yuna, Ain Edruce dan Sufian Suhaimi.


Untuk maklumat lanjut, sila layari

Website


Post a Comment

0 Comments