Ticker

6/recent/ticker-posts

AZWAN ALI NAK KEKAL DENGAN KAK LINA POM POM!!! Pasangan Duet Fariq & Mina Gegar Pentas LCK2

Comeback Azwan Ali telah memberikan kejutan besar malahan penonton Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) tidak putus-putus memberi komen positif dan mahukan Azwan Ali dikekalkan bersama-sama Elly Mazlein sebagai hos hingga ke hujung program ini. Gabungan mantap Hael Husaini, Mas Idayu dan Ajai sebagai juri cinta juga diteruskan di episod kedua ini untuk memperhebatkan lagi pengisian program LCK2! 

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘music dating’ Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) bersiaran secara langsung di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam selama 8 episod. 

  

Para peserta tidak mengenali pasangan masing-masing dan dipasangkan berdasarkan pilihan lagu yang sama. Hanya mendengar suara di sesi latihan, para peserta cuba sedaya upaya untuk mengenali pasangan duet masing-masing walaupun tidak bersua muka. Mereka perlu bijak mencari keserasian dan memberikan persembahan dengan harmoni selepas mendengar tone nyanyian itu.

LCK2 episod 2 dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Ernie Zakri dan Syamel dengan lagu ‘Takkan Terlerai’, Siti Nordiana dan Haqiem Rusli dengan membawakan lagu ‘Baldu Biru’ serta menampilkan Dato’ Hans Isaac dan Bella Astillah sebagai panel cinta yang berbicarakan topik ‘Peluang Kedua’. '

Enam pasangan duet yang bertanding di LCK2 episod 2 ialah Khodi & Muhaimin, Ariff & Hidayah, Fariq & Mina, Faez & Sarah, Adly & Darling dan Mya & Iss Arffan. Lima pasangan duet berjaya mara ke pusingan seterusnya, manakala Khodi & Muhaimin dan Faez & Sarah  gagal meneruskan ke pusingan seterusnya. Juga turut gagal adalah pasangan duet yang diberikan peluang kedua untuk membuat persembahan iaitu Akmal & Fatin gagal meneruskan perjalanan mereka di LCK2. 

Tampil sebagai pasangan duet pertama yang membuat persembahan, Ariff & Hidayah telah mempertaruhkan lagu ‘Belenggu Rindu’. Walaupun Ariff dan Hidayah memang berkebolehan untuk menyanyi, Mas Idayu hampir tidak menekan buzzer kerana beliau rasa pasangan duet ini perlu ada penjiwaan antara satu sama lain. Hael pula memuji Hidayah yang banyak membantu pasangan duetnya dalam mencantikkan persembahan pertama mereka. 

Seterusnya, Khodi & Muhaimin mempersembahkan lagu balada ‘Dua Insan’ tetapi gagal menambat hati panel juri dan pentas mereka tidak dapat dicantumkan. Khodi kelihatan terlalu berjaga-jaga dalam persembahan itu dan tidak mencapai kehendak para juri apabila hanya Muhaimin yang dapat membawa lagu itu dengan baik. Kurang penghayatan dalam lagu itu juga tidak dapat memberikan ‘spark’ dalam persembahan duet tersebut. 

Pasangan duet Fariq & Mina telah menceriakan suasana dengan persembahan lagu ‘Seiring dan Sejalan’. Fariq dan Mina berjaya menarik perhatian panel juri di awal persembahan lagi. Ajai dan Mas Idayu tidak teragak-agak memberikan undian di awal persembahan tetapi Hael Husaini yang ‘terbuai’ dengan nyanyian mereka hampir terlupa hendak menekan buzzer! 

‘Sebenarnya tak semua orang dapat menghidupkan lagu rancak! Paling susah untuk menjayakan lagu rancak berbanding dengan lagu sedih.’ Demikianlah komen positif daripada Ajai yang diberikan kepada pasangan duet yang beraksi lincah di atas pentas dan masih berjaya mengawal pitching suara dengan sempurna. Mas Idayu juga memberi tips kepada Fariqwan untuk menonjolkan identiti sendiri dalam menyanyi tanpa perlu meniru sesiapa. 

Persembahan diteruskan oleh pasangan duet Adly & Darling dengan ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’, lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebuah persembahan yang membuai perasaan tetapi Darling kena lebih peka dengan sebutan semasa bernyanyi. Ajai dan Hael berpendapat bahawa Adly perlu memperbaiki lagi teknik persembahan secara berduet untuk mendapatkan keserasian itu. 

Faez & Sarah telah menyampaikan lagu pilihan mereka, ‘Hanya Memuji’ tetapi gagal untuk mendapat undian daripada panel juri. Kesemua juri sebulat suara mengatakan Faez gagal membawa lagu rancak tersebut. Sarah mempunyai vokal yang bagus tetapi Faez berhadapan dengan masalah tone suara dan pitching dalam persembahan ini. Hael rasa sedikit kecewa kerana dia mengharapkan hasil yang bagus di awal persembahan tetapi jurang nyanyian yang ketara antara Faez dan Sarah gagal mencipta keserasian. 

Akhir sekali, pasangan duet Mya & Iss Arffan yang memilih lagu Afgan ‘Terima Kasih Cinta’ hampir tidak mendapat undian penuh apabila Mas Idayu menekan buzzer di saat-saat akhir. Mas Idayu tidak nampak ‘energy’ yang baik daripada Iss Arffan dan tiada dinamik dalam persembahan duet tersebut.  Ajai pula beranggapan kedua-duanya dapat menyampaikan lagu genre R&B dengan sempurna. Hael memberi pujian kepada pasangan ini kerana berjaya membawakan lagu solo tersebut dengan gaya sendiri. 

PROMO LCK2 Episode 3

Lagu Cinta Kita Ke-2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan NIVEA Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama serta Hot FM sebagai rakan radio rasmi. Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif, Lagu Cinta Kita Ke-2 menemui penonton TV3 secara siaran langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dan ia juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia.

Post a Comment

0 Comments