Ticker

6/recent/ticker-posts

Pepsi Mentransformasikan Pengalaman Muzik dengan Konsert Augmented Reality (AR) Pertama di Malaysia

Pepsi sekali lagi mencetuskan revolusi baru dan mentransformasikan pengalaman muzik di Malaysia dengan membawakan Konsert Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia, eksklusif untuk semua peminat Pepsi pada 16 April 2021. Konsert ini mempersembahkan penyanyi popular Siti Nordiana sebagai artis utama, dan turut menampilkan tiga bakat bertenaga tempatan iaitu Aidil, Bell dan Syafeek, yang telah memenangi cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent


“Di PepsiCo, muzik adalah cara utama untuk kami berhubung dengan para peminat kami, dan kami tahu bahawa penggemar muzik di Malaysia sudah lebih setahun tidak dapat menghadiri konsert akibat pandemik. Oleh itu, kami memutuskan untuk membawakan Konsert AR yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia kepada mereka. Sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia, konsert ini mencerminkan personaliti kami yang berani dan suka mencuba sesuatu yang baru. Khususnya, kami membawakan inspirasi daripada Pepsi Black dengan rasa yang lebih hebat serta semangatnya yang mencabar norma, di mana akses kepada kandungan konsert ini eksklusif bagi penggemar Pepsi Black Raspberi iaitu perisa kola terbaru kami yang menawarkan rasa hebat, tanpa kalori.” kata Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik PepsiCo, Salman Butt.

Konsert yang diterajui oleh Siti Nordiana, penyanyi yang telah dinobatkan sebagai artis wanita paling popular (Artis Top Top MeleTOP Wanita) menerusi undian para peminat muzik dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, memberikan peluang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan lagu terbarunya, selain menampilkan penari berbakat Bell, pemain bola sepak gaya bebas Aidil dan penyanyi Syafeek. Dalam cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent yang lepas, ketiga-tiga bakat tersebut telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan terbaik dari kalangan 3,000 video uji bakat yang dihantar, di mana video mereka berjaya menarik jumlah keterlibatan paling tinggi sehingga membolehkan mereka muncul sebagai juara pertandingan #PepsiBoldTalent. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat setia kami di Malaysia, dengan mencipta satu pengalaman yang amat istimewa untuk mereka, dan tiada cara yang lebih baik berbanding mengangkat bakat-bakat tempatan dan menawarkan kepada mereka sebuah platform untuk mereka mempamerkan keberanian dan keazaman mereka. Konsert AR yang julung kali diadakan ini menampilkan bakat-bakat tempatan kita yang terbaik serta membuka wadah baru untuk rakyat Malaysia menonjolkan diri dan mencapai impian mereka, sesuai dengan matlamat Pepsi dalam memperjuangkan generasi masa kini yang tekad lagi berani, dan sentiasa membawakan keterujaan dan pengalaman baru kepada para pengguna di Malaysia,” ujar Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee.

Trio muda Malaysia yang berbakat

Berazam untuk menambah baik bakat masing-masing dan berkongsi minat membuat persembahan demi para peminat, trio muda ini menyimpan cita-cita yang besar untuk masa depan mereka. Penari berbakat Bell, yang juga seorang pelajar berusia 22 tahun, mempelajari sendiri teknik tariannya selama tiga tahun dan berharap untuk menggunakan pendedahan ini bagi mencontohi kejayaan penari idolanya. Sementara itu, Aidil pemain bola sepak gaya bebas berbakat yang juga berusia 22 tahun, mahu menggunakan peluang ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai sukan bola sepak gaya bebas. Bekerja sebagai seorang pereka grafik, Aidil mula aktif dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak hampir lapan tahun lalu, di mana beliau meluangkan masa tujuh jam sehari setiap hujung minggu untuk mengasah bakatnya. Manakala, penyanyi berbakat Syafeek, mula menyerlahkan bakatnya dalam bidang nyanyian ketika sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Perancis dan berharap pendedahannya yang terkini akan menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar sebagai penyanyi. Syafeek, yang berpengalaman membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan mula menyertai pertandingan menyanyi sejak tahun 2012, pernah memenangi pertandingan i-SiNG World di Paris pada tahun 2018.

Para peminat boleh menyaksikan lebih banyak lagi persembahan dari trio ini di:

Bagaimana menyaksikan konsert ini?

Para peminat muzik dan penggemar Pepsi Black Raspberi boleh menyaksikan Konsert AR pertama Malaysia yang dibawakan kepada anda oleh Pepsi pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja mulai 16 April 2021 selama sebulan, dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
1. Dapatkan sebotol Pepsi Black Raspberi.
2. Lawati laman sesawang pepsiARconcert.com.
3. Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin telefon anda dan imbas botol berkenaan apabila diminta. 
4. Tunggu sementara AR botol Pepsi dimuat naik. 
5. Saksikan konsert ini, yang akan ditayangkan di atas botol berkenaan! 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman media sosial kami di Facebook: Pepsi Malaysia (MY) dan Instagram: @pepsimy.

Post a Comment

0 Comments