Ticker

6/recent/ticker-posts

Facebook, WhatsApp dan Instagram Alami Gangguan Teknikal Hampir Enam Jam

Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih setelah mengalami gangguan selama hampir enam jam.


Dikatakan pengguna baru menyedari perkara ini sekitar jam 11.40 malam waktu tempatan di mana paparan pada setiap platform tidak dikemaskini. Selain itu, mesej melalui WhatsApp juga tidak dapat dihantar.


BBC melaporkan ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat berfungsi dan diakses melalui web atau aplikasi smartphone.

Downdetecter.com yang telah mengesan hal itu, mencatat puluhan ribu laporan gangguan pada ketiga-tiga platform berkenaan di seluruh dunia.


Kali terakhir Facebook mengalami gangguan pada tahun 2019. Ketika itu, lebih kurang 14 jam Facebook tidak dapat diakses di seluruh dunia.

Post a Comment

0 Comments