Mohd Burhanuddin Afgani bin Mohd Saip atau dikenali dengan nama Afgan Saip, berumur 23 tahun dan beliau merupakan pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin-UNiSZA (Semester 7) dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian, merupakan pendatang baru di persada seni dan bakal memeriahkan industri muzik tanah air.
Afgan Saip merupakan pemenang program realiti I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 dan sebahagian dari hadiah kemenangannya itu ialah tajaan untuk melahirkan sebuah single di bawah terbitan Alternate Records & Talents.
Kembali Indah merupakan lagu hasil ciptaan Lee Nai Kong manakala liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya dengan ayat-ayat puitisnya. Lagu ini berkisar tentang semangat perjuangan yang tidak pernah pudar walaupun perlu menempuhi pelbagai cabaran serta rintangan kerana di akhirnya pasti kejayaan akan datang.
Menurut Afgan Saip, pelantun suara lagu Kembali Indah ini, "Tinggi kesyukuran atas kemenangan bagi musim ini dan sangat berterima kasih atas peluang yang diberikan. Alhamdulillah akhirnya pada 2021 Afgan dapat menyanyikan lagu sendiri dan semoga lagu pertama ini membuka ruang untuk Afgan dikenali dalam kalangan pendengar dan peminat muzik Malaysia. Afgan berharap semua pihak dapat menerima Afgan dalam bidang nyanyian dan menyokong pendatang baru seperti Afgan kerana sokongan itulah yang diperlukan. Selain itu, semoga pendengar di luar sana mendalami lagu ini dari bait-bait lirik dan semoga sedikit sebanyak dapat memotivasikan dan menceriakan hari-hari anda semua."
Lagu Kembali Indah akan mula boleh didengari di semua pelantar digital bermula dari 22 Oktober 2021 manakala Muzik Video boleh ditonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.
Tajuk : Kembali Indah
Artis : Afgan Saip
Komposer : Lee Nai Kong
Lirik : Fedtri Yahya
Penerbit : Alternate Records & Talents
Verse 1:
Kesulitan lalu menghalangi perjalanan
Langkah ini tetap ku gagahi dengan sepenuh jiwa
Setiap turun nafas yang dirasakan itu
Ku hitung satu demi satu tak pernah jemu, setiap waktu
Berputar masa berlalu
Ku tetap kaku di sini
Semua rasaku... menjadi beku
Verse 2:
Mimpi ngeri ini pernah ku alami dulu
Bagai terkurung dalam rasa yang penuh bisu dan keliru
Setiap detik bagai penyeksaan jiwa
Mujur telah pergi dari mencengkam setiap rasa dan raga
Berputar masa berlalu
Dan aku bebas sendiri
kembali indah
### chorus
Bukan masanya
Mencari salah
Dalam hati hanya melihat keindahan baru
Cinta sejati
Pasti menanti
Usah terburu
Bulan dan bintang
Indah bercahaya
Kerana adanya malam dalam gelap gelita
Begitu aku
Dengan hidupku
Takkan memudar
( rasa dan cinta )
###
Repeat verse**
Bridge:
Setiap kali mimpi bertukar menjadi kegelapan dan kesamaran,
Usah biarkan mendung selamanya
membelenggu hati yang pilu,
Percaya di depanmu
Percaya di depanmu bercahaya
Closing:
Tempuh semua
Tanpa kecewa
Indah kembali
LAGU KEMBALI INDAH - AFGAN SAIP
MUSIC VIDEO KEMBALI INDAH - AFGAN SAIP
0 Comments