Ok... Kali ini Admin ingin berkongsi tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika ke Johor Bahru. Memang rasanya tidak lengkap jika sesuatu perjalanan itu tidak jelajah makanan enak di destinasi itu, kan?
Oleh itu, Admin nak bawa anda semua terjah sebuah restoran masakan Timur Tengah yang viral di JB. Jom kita mulakan!
Zaituna Restaurant terletak di Taman Tasek dan merupakan restoran makanan Timur Tengah dan Arab yang sangat popular di Johor. Kalau anda orang JB, confirm anda akan selalu nampak restoran ni ketika melalui Jalan Tun Razak.
Zaituna Restaurant ini sebenarnya turut menyediakan perkhidmatan katering. Tapi Admin nak syorkan, lebih baik kalau anda dah nampak tu, terus singgah dan makan di sini. Apa kata anda cuba sendiri. Gerenti anda puas hati dan ingin repeat lagi. And paling penting barulah nak tempah perkhidmatan katering dari mereka untuk majlis anda kan!
Kalau dah kata masakan Timur Tengah tu, menu mereka of course lah anda boleh dapatkan pelbagai jenis nasi Arab seperti Nasi Mandi, Nasi Kabsah, Maklouba dan sebagainya. Hidangan nasi Arabnya memang dalam portion yang besar dan sangat memuaskan.Nak makan dalam dulang pun ada tau!
Selain itu, anda juga boleh dapatkan masakan grill seperti kebab dan shawarma. Memang macam-macam ada yang anda boleh nikmati bila singgah di restoran ni. Yang menariknya lagi, pilihan Baklava juga banyak dan lazat.
Oh ya! Tidak dilupakan juga Kunafa yang kecoh digembar-gemburkan di laman sosial media. Tak payah nak pergi jauh-jauh sampai di Bukit Bintang, KL, anda yang berada di sekitar Johor dan boleh nikmatinya di sini. Ternyata memang sangat puas hati dan Admin gerenti ramai akan repeat datang lagi!
Sebelum terlupa, kalau anda nak tahu lagi, suasana restoran ni sangat kondusif dan selesa. Anda boleh memilih untuk makan di kerusi atau duduk bersila. Mana-mana sahaja yang selesa untuk anda. Yang pasti, restoran ni memang best dan terbaik!
Alamat
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi
Buka setiap hari 11AM - 11PM (kecuali Jumaat 2PM - 11PM)
1 Comments
Menarik restoran ni. Thanks for sharing.
ReplyDelete