Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun meraikan kerjasama rasmi di antara Pembuat Alat Ganti Besi Berketepatan Tinggi di antara Metalmach Micro Technology (MMT) dengan China, Future Hover Industrial Co Ltd (Future Hover) untuk melabur RM1 Billion bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia.
Dalam majlis perasmian yang berlangsung semalam (08 September 2022), kedua-dua pihak akan menyelaraskan teknologi dan sumber terbaik dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini. Ini akan dicapai dengan menggabungkan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan tinggi, pembuatan acuan dan pembangunan semikonduktor dengan pembekalan bahan bantuan yang berdaya saing oleh Future Hover beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.
MMT dan Future Hover akan melabur RM1 Billion secara kolektif untuk menjana RM10 Billion dari hasil jualan eksport pada 10 tahun akan datang. Ia akan dimulakan dengan pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di Negeri Sembilan, Malaysia. Kilang ini akan berperanan sebagai sebuah hub untuk pembekal dalam dan luar negara bagi memperolehi barangan yang lebih berdaya saing dalam masa yang lebih singkat dan mampu menghasilkan lebih 500 peluang pekerjaan. Dengan ini, kedua-dua pihak berharap untuk membekalkan latihan teknikal dan pemahaman yang lebih mendalam di dalam industri sebagai salah satu usaha menjana populasi pekerja mahir di Negeri Sembilan dan negara kita.
Pengurus Besar Future Hover, Cik Guan Mei Ying berkata "Malaysia merupakan lokasi yang ideal kepada kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia untuk menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang strategik dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi kami. Kerjasama ini menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan dan saya menantikan kejayaan yang akan kita capai bersama hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara."
Menerusi kerjasama ini, MMT diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China dengan menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau dan menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport untuk produk dan pekhidmatan Malaysia.
Pengarah Operasi MMT, En. Low Kim Yoong berkata, "Dengan permintaan yang meningkat dan pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan sahaja menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini, tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk penghasilan semikonduktor secara global. Kerjasama ini membolehkan pengurusan yang menyeluruh termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan kami antara pemain yang terkuat dalam industri pembekalan semikonduktor."
"Kami juga akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kepada pemain industri di seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara, hasil dari kerjasama ini," tambah beliau.
Akibat daripada perintah berkurung di China, Cik Guan Mei Ying tidak dapat hadir bagi menyaksikan sendiri upacara majlis menandatangani rasmi. Oleh itu, Pengarah Perniagaan (Malaysia) Future Hover, En, Alfred Foo, yang telah bertungkus-lumus memastikan perjanjian kerjasama ini berjaya dan berjalan lancar dilantik untuk mewakili Cik Guan di majlis perasmian kelmarin.
1 Comments
bagus gak kilang macam ni, ada support daripada menteri besar.
ReplyDelete