Ticker

6/recent/ticker-posts

Konsert Rossa 25 Tahun Berkarya Bakal Berlangsung di Kuala Lumpur November Ini

Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert "Rossa 25th Shining Years Concert" di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato' Sri Rossa akan kembali ke Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022.


Konsert "Rossa 25th Shining Years Concert" di Malaysia ini akan dianjurkan dengan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA). Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato' Sri Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.

Konsert Dato' Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan emat Pengarah Muzik iaitu Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitnya. "Rossa 25th Shining Years Concert" ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik serantau dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia. 

Di konsert penglibatan 25 tahun Rossa dalam industri seni ini, fesyen tentu menjadi pelengkap untuk elemen visual dan hiburan. Rossa ingin membuat pertunjukan mahakarya yang akan memuaskan para penggemarnya. Faye yang bertindak sebagai Image Director dalam mereka segala busana dan aksesori dari para designer mode papan atas untuk memaksimalkan aksi Rossa di Plenary Hall KLCC. Para pereka fesyen yang terlibat di antaranya tiga pereka fesyen terkemuka Indonesia, yakni perancang busana Didi Budiardjo dan Monica Lvena, kemudian pereka Fesyen Aksesori Rinaldy A. Yunardi. Didi Budiardjo, seorang lagenda di industri fesyen Indonesia ini dikenali dengan siluet feminin ala Parisian yang merupakan lekuk klasik penuh keanggunan dan dipadukan bersama unsur glamour

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin yang sememang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata, "Penganjuran Konsert Dato' Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan yayasan untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi. Saya bersyukur kerana Dato' Sri Rossa sentiasa prihatin dengan kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata. Beliau bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin dan Tabung Pendidikan Anak Bangsa."

Dalam masa yang sama, PRIHATIN mengalu-alukan pihak korporat dan orang perseorangan untuk membeli tiket korporat seterusnya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan melalui konsep "Berhibut Sambil Beramal". Selain itu, penglibatan Myvitalab yang terlibat dalam bidang perniagaan kesihatan dan personalised bekerjasama buat pertama kali dengan PRIHATIN akan memberi impak luar biasa kerana mereka juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan.

Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM3,000. Tiket konsert ini boleh didapati secara online melalui laman web ticket2u.com.my dan secara offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di talian (013-3886533 - Pn. Nelle).

Post a Comment

0 Comments