Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Tempat Makan Yang Marvellous dan Sedap di Kuantan Yang Wajib Anda Terokai

Jika sebut sahaja tentang Kuantan, Pahang, pasti ramai teringat Teluk Cempedak atau Pantai Cherating. Tapi sedar tak kalian Kuantan bukan sahaja dipenuhi dengan pantai semata. Malah terdapat banyak pilihan tempat makan yang menarik untuk dinikmati. Nak tahu dekat mana? Jom ikuti senarai di bawah:

1. SeaBa Seafood

Destinasi ini sangat popular dengan masakan celup tepung di Kuantan dan mendapat sambutan baik dalam kalangan orang tempatan mahupun pelancong luar. Dekat sini, terdapat pilihan celup tepung yang boleh dinikmati. Antaranya pilihan ikan, sotong, udang, ketam dan juga makanan lain seperti Bihun Sup Utara, Mi Kari dan lain-lain. Menariknya di sini, saiz setiap hidangan besar-besar dan puas hati untuk dinikmati. 

Lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga rakan-rakan bersantai di sini kerana suasananya cukup mendamaikan di tepi pantai, boleh menikmati pemandangan sambil beraktiviti di situ seperti ATV, menunggang kuda dan banyak lagi. Ruang makan yang luas dan selesa pasti menjamin keselesaan semua orang.

Alamat
Lot 1462, Pantai Batu Hitam,
Jalan Beserah, Kampung Sungai Karang Pantai,
26100 Kuantan, Pahang.

Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari jam 12.00 PM hingga 7.30 PM

2. Warung Aja Selera Kampung

Yang datang bercuti dan menjimatkan perbelanjaan, bolehlah datang makan tengah hari di Warung Aja Selera Kampung. Lokasinya betul-betul di dalam bandar Kuantan dan agak jauh sedikit tetapi sangat berbaloi untuk diterokai sekiranya anda memang mencari lauk pauk asli orang Pahang.

Kedai makan ini lebih santai dan terbuka, sesuai dengan konsepnya yang membawakan selera kampung citarasa orang kita, Melayu dan juga disukai pelancong luar. Ruangan parkir pun luas dan hanya terletak di tepi jalan besar di Jalan Bukit Setongkol. 

Pilihan lauk untuk makan tengahari memang tidak mengecewakan dan sangat banyak sekali serta harganya pun murah dan berbaloi.

Alamat
Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
Buka hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad tutup.
Dari jam 12.00 PM hingga 2.30 PM

3. Restoran Mabiq 2

Restoran Mabiq 2 ini terletak 5 km dari bandar Kuantan. Terdapat pelbagai menu utama masakan Pahang seperti Ikan Patin Tempoyak, Sambal Hitam, Daging Salai Hitam, Pulut Mangga dan sebagainya di sini.

Tempat makan Mabiq 2 ini terletak di kawasan rumah kedai dan berlokasi di hujung lot. Namun, kedai ini berkonsepkan ala pantai kerana terletak di tepi pantai dan terbuka.

Alamat
Restoran MaBIQ 2, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali hari Jumaat.
Dari jam 11.00 PM hingga 5.00 PM

4. Restoran Mat Kilau

Satu tempat makan yang menarik untuk menu ikan bakar yang terletak di Kampung Anak Air dan ianya juga disyorkan pada anda jika datang bercuti di Kuantan. 

Seperti anda tahu, pilihan kedai makan ikan bakar di sini memang banyak dan tidak terpilih untuk anda memilihnya namun jika anda datang bertandang di sini, anda tidak akan rasa kecewa.

Kedai makan ini sangat luas tidak sempit dan selesa untuk menjamu selera. Di sini juga disediakan makanan laut yang segar mengikut menu yang anda inginkan.

Alamat
61, Jalan Bandar Putra 1A, Kampung Anak Air, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
Buka setiap hari
Dari jam 3.00 PM hingga 12.00 AM 
Khamis 12.00 PM hingga 12.00 AM

5. Makey Palace

 

Ada yang mengidam nasi briyani dengan citarasa melayu? Apa kata jom ke Makey Palace kerana mereka menawarkan nasi briyani dengan pelbagai jenis lauk istimewa. Kesemua bahan menggunakan rempah khas yang disangai mengikut resepi rahsia. Signature menu di Makey Palace semestinya Lamb Shank.

Bukan itu sahaja, menu yang menjadi pilihan ramai pengunjung adalah Nasi Briyani Lamb Shank Masala, Nasi Briyani Ayam Madu, Nasi Briyani Daging Hitan dan Nasi Briyani Kari Kambing. Anda tengok sahaja gambar pun sudah menggiurkan, kalau dah cuba pasti menjilat jari.

Alamat
38 & 40, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
Buka setiap hari
Dari jam 8.00 AM hingga 10.00 PM

6. Cendol Sultan

Jalan-jalan berpanas-panasan di Kuantan memang akan membuatkan anda mengidam nak sesuatu yang sejuk dan menyegarkan. Aha! Apa kata anda pergi ke Cendol Sultan di Indera Mahkota untuk menyegarkan tekak dan menyejukkan badan. Memang sedap sungguh cendol dekat sini sehingga kedai ini menjadi salah satu kedai makan cendol yang terkenal di Kuantan. 

Kalau anda datang ke Kuantan memang wajib singgah dan rasa cendol ini sebelum meneruskan perjalanan. Rasa lemak manis cendol itu sendiri memang cukup power.

 

Selain dari cendol, mereka juga ada ABC aiskrim yang juga sedap. Untuk makan pula, mereka ada menyediakan rojak dan mee goreng. Memang sedap semuanya makanan di sini. Anda memang wajib mencubanya. 

Alamat
Restoran Cendol IM (Muhammad Sultan Cendol Maju)
Jalan IM 2/6 (Jalan Indera Mahkota 2)
25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
Buka setiap hari
Dari jam 11.00 AM hingga 7.00 PM

7. EatCabin Masakan Original Pahang

Satu lagi tempat makan menarik yang menyajikan masakan asli Pahang yang anda boleh singgah adalah di eatCabin masakan original Pahang. Dekat sini masakannya memang berbeza dari yang lain. Menu resepinya semua dari keluarga pemilik sendiri. Jadi anda wajib kena cuba dan rasai kelainan yang ada di sini.

Lokasinya bersebelahan dengan Restoran Mabiq 2 yang terletak di Tanjung Lumpur. Juga terletak di hujung lot, restoran ini sangat luas dan selesa untuk pengunjung yang datang. Dengan suasanannya yang tenang, mempunyai penghawa dingin dan juga terdapat ruang atas, pasti anda boleh berkunjung beramai-ramai ke sini. 

Menu yang wajib anda cuba Asam Pedas Udang Galah, Ikan Patin Tempoyak dan banyak lagi. Anda juga boleh menikmati minuman Mainus Wan pelbagai perisa yang diolah sendiri pemilik kedai dan juga aiskrim sedap dari Aiskrim Amai.

Alamat
A-1, Jalan Tanjung Lumpur 7, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali Jumaat.
Dari jam 11.30 AM hingga 5.30 PM

Post a Comment

0 Comments