Ticker

6/recent/ticker-posts

TRANSFORMERS: The Last Knight - Catat Kutipan RM34 Juta Di Malaysia


Hello sahabat dan pembaca setia Blog Propa Rangers yang dikasihi sekalian. Cerita kali ini adalah mengenai "TRANSFORMERS: The Last Knight" catat kutipan sebanyak RM34 Juta di Malaysia semenjak ditayangkan di panggung wayang pada 22 Jun yang lalu. 

Nampaknya, dikatakan agak menurun berbanding dengan kelima-lima filem Transformers sebelum ini. Pada pembukaan filem ini ditayangkan, kutipannya agak rendah. Ke mana pergi para peminat filem Transformers sebelum ini? Adakah mereka sudah mulai bosan dengan filem Transformers apatah lagi ditambah dengan banyaknya filem-filem yang lebih hebat yang juga ditayangkan pada waktu yang sama.

Filem Transformers masih belum mampu menandingi Wonder Woman dan Guardians of The Galaxy Vol. 2. 


Walaupun mengalami sedikit penurunan, tetapi tidak bermakna filem ini tidak hebat. Admin terpegun dengan sudut aksi dan effect nya yang tidak perlulah dipertikaikan lagi keupayaan Michael Bay. Dengan bermodalkan USD 217 juta, Michael Bay melakukan sebaiknya sebagai seorang pengarah. 

The Last Knight kelihatan sangat hebat dari sudut teknologi keupayaan kamera IMAX dan teknologi 3D memberi nilai yang terbaik kepada keseluruhan filem.

Pada yang belum berkesempatan menonton filem TRANSFORMERS: The Last Knight boleh lah membeli DVD Original sebagai tanda sokongan padu kepada industri filem Malaysia dan Dunia.
 
Blogger Propa Rangers: Illya LeYa

Post a Comment

0 Comments