Ticker

6/recent/ticker-posts

Drama Villa Ghazara (TV3)



Tajuk
Villa Ghazara

Mula Tayangan
17 September 2018

Masa
Isnin - Jumaat (7.00 mlm - 8.00 mlm)

Jumlah Episod
40 Episod

Siaran
Slot Akasia TV3

Pelakon
 Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazleen, Aidil Aziz, Hafeez Mikail, Syed Aiman, Amirul Faqeem, Tunku Hanis, Elly Mazlein, Zarynn Min, Cik Manggis, Sofia Liyana, Puteri Rafasya

Sinopsis Drama Villa Ghazara

Villa Ghazara diberi nama hasil dari gabungan nama pemiliknya, Dr Ghazaly Baqri (Ghaz) yang merupakan seorang doktor kosmetik dan juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya, Zaharah (Zara). Siapa sangka Villa Ghazara yang tersergam indah di luaran ini sebenarnya menyimpan rasa tidak bahagia di segenap penghuninya.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan yang dia sering mengongkong dan menentukan hala tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga yang sempurna di mata khalayak ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang lagi isteri bernama Maria (Elly Mazlein).

Dek kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia telah mengatur segala kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hafiz nekad bertindak meninggalkan Villa Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Hariz membawa diri selama 15 tahun dan akhirnya dia pulang ke Villa Ghazara. Namun, kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain.

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dahulu, Dr. Ghaz turut menyusun strategi dan perancangan buat cucu tunggalnya, Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang merupakan seorang juruterbang diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alisha.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna (Azira Shafinaz), graduan dalam bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tusyen dan mengajar Alisha di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih pendapat.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Villa Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?

Temui drama 40 episod ini dalam Slot Akasia TV3 pada Isnin hingga Jumaat bermula 17 September 2018.

Post a Comment

3 Comments

  1. NHL CENTER ICE Subscribers can watch up to 40 games a week and select play off games from NHL CENTER ICE. They can look out the ice spray in crystal clear HD. The Dual feed feature in NHL CENTER ICE allows subscribers to listen to the opposing team's commentary. 안전놀이터 추천

    ReplyDelete
  2. They educate beginners on money management, betting strategies and software that will help them minimize their losses and boost their profits without jeopardizing their financial stability. 먹튀검증커뮤니티

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)