Seperti yang sedia maklum, Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang telah mula beroperasi pada Julai lepas bagi memudahkan pengeluaran MyKad. Kini, ia telah dinaiktaraf keberkesanan operasinya dengan memendekkan lagi jangka masa pengeluaran dokumen pengenalan diri seawal 45 minit hingga satu jam.
Ia selaras bagi membantu dan memudahkan komuniti yang tinggal di pedalaman dan tidak berkemampuan untuk ke bandar atau pejabat JPN. Unit Bergerak JPN sedang dalam melaksanakan Program Kembara Mobile ke negeri-negeri di Utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 15 September sehingga 30 September 2018.
Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Dato' Mohammad Razin bin Abdullah, pihak beliau akan terus berusaha untuk menambah baik proses pengeluaran MyKad dari semasa ke semasa.
Sumber: The Vocket
2 Comments
Bagus perkhidmatan ni untuk penduduk di luar bandar
ReplyDeletewahhh sangat memudahkan untuk orang ramai kan..
ReplyDelete