Ticker

6/recent/ticker-posts

#DatumHomesForAll Kukuhkan Komuniti Orang Asli

Kuala Lumpur, 6 Oktober - DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen #DatumHomesforAll di galeri jualan Datum Galeria yang terletak di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.


Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari.  Kempen #DatumHomesforAll bertujuan mengukuhkan pembangunan komuniti melalui dua objektif.

Pertamanya adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor. Ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat DatumCorp yang turut diperkenalkan melalui permainan aplikasi mudah alih "Datum Tap" yang mana ia merupakan permainan pertama di Malaysia.





Keduanya pula adalah untuk meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui empat pakej khas yang unik iaitu The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack and Pro-C Pack. Ia direka bagi memenuhi keperluan unik para pembeli individu. 


Majlis tersebut juga turut menyaksikan pemeteraian MoU antara CEO DatumCorp International, Shytul Shahryn Mohamad Shaari dengan Presiden Epic Society, John-Son Oei. 

Turut dilancarkan juga permainan pertama Datum Tap yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membantu komuniti Orang Asli dengan cara bermain permainan melalui telefon pintar di samping berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. 


Permainan Datum Tap merupakan permainan mudah alih yang unik dan ia boleh dimuat turun dengan IOS, Apple Store dan platform Android, Google Play. Ia memberi peluang kepada pemain mengumpul planks bagi membina rumah maya untuk komuniti Orang Asli. Para peserta yang berminat untuk menyertai permainan ini hendaklah "LIKE" Datum Jelatek Facebook Page dan log masuk ke aplikasi permainan untuk memenangi ganjaran maya bagi merebut hadiah utama dan hadiah mingguan.


Di akhir kempen pada bulan Januari 2019, DatumCorp akan berubah daripada rumah maya kepada rumah sebenar buat sebahagian daripada keluarga Orang Asli dengan bantuan EPIC Homes. 

Hadiah mingguan berupa Huawei P20 Pro (13 unit untuk dimenangi) dan hadiah utama yang akan diumumkan pada Januari 2019 berupa pakej melancong ke Osaka selama 6H 5M. Hadiah mingguan akan diumumkan pada setiap hari Ahad, manakala hadiah utama akan diumumkan pada 12 Januari 2019.


 Turut dimeriahkan dengan Mustang Crew Dance

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)