Kuala
Lumpur, 5 Oktober 2018 – Seramai lebih 200 kakitangan pejabat,
para francaisi, dan rakan niaga McDonald’s Malaysia ‘turun padang’ hari ini dan bekerja bersama warga kerja restoran untuk
melayani pelanggan dalam usaha mereka melibatkan diri dan memahami usaha yang
dilaksanakan untuk memberi pengalaman terbaik atau “feel-good-moments” kepada
pelanggan yang dijanjikan McDonald’s.
Antara rakan niaga utama yang turut serta
termasuklah Datuk Kamal bin Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad
dan Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio.
“Saya sangat teruja dapat bersama famili
McDonald’s pada hari ini dan membantu menyediakan hidangan McDonald’s untuk
pelanggannya. McDonald’s merupakan jenama yang sangat konsisten demi memberikan
yang terbaik dalam penyediaan makanan yang lazat dan berkualiti tinggi kepada
pelanggan-pelanggannya, dan ia sentiasa dihidangkan dengan senyuman,” kata Datuk
Kamal.
“Peluang bekerja bersama warga kerja restoran
pada hari ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai kerana saya dapat
memahami apa yang berlaku di sebalik tabir restoran McDonald’s. McDonald’s
sentiasa menitikberatkan kepentingan kakitangannya sama seperti pelanggan
mereka. Syarikat ini sentiasa mengutamakan warga kerjanya, dan tidak dinafikan
ia merupakan tempat yang cukup baik untuk membina kerjaya,” kata Datuk Izham.
Baru-baru ini, McDonald’s telah menerima
anugerah Majikan Terbaik di Malaysia 2018 daripada AON, Syarikat Terbaik untuk
Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) daripada HR Asia, dan Majikan Francais
Terbaik 2018 daripada Anugerah Francais Malaysia.
Pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat
dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) McDonald’s – Keluarga & Rakan-rakan (Family
& Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar
rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu
mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk warga kerjanya dengan melengkapkan mereka
dengan kemahiran diri dan menyediakan peluang pembangunan kerjaya.
“Hari
McD Turun Padang merupakan acara
tahunan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 12,000 warga kerja
restoran kami di Malaysia. Komitmen tidak berbelah bahagi mereka telah banyak
menyumbang kepada kejayaan berterusan jenama McDonald’s sehingga kini,” kata
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.
Menurut Azmir, McDonald’s Malaysia telah
melabur lebih RM8 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai inisiatif
pembangunan modal insan, selaras dengan matlamat syarikat untuk menyediakan laluan
kerjaya yang mampan untuk warga kerjanya.
Inisiatif-inisiatif
utama yang dilaksanakan oleh McDonald’s kearah memperkasakan warga kerjanya
membantu syarikat untuk menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat – yang
merupakan elemen penting kearah mencapai sasaran pertumbuhan syarikat membuka
500 restoran di Malaysia menjelang tahun 2020.
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan
kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70
juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di
Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan
sebulan di 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000
peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan
perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
0 Comments