Sumber Foto: mstar online |
Shah Alam | Setelah hampir bertarung 2 jam di padang, akhirnya Perak menamatkan musim panjang 18 tahunnya menjulang trofi Piala Malaysia dengan penuh dramatik menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas lawannya, Terengganu FC.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu menyaksikan pasukan Terengganu yang dipimpin Irfan Bakti Abu Salim mendahului jaringan terpantas 51 saat oleh Tchetche Kipre sebaik sahaja wisel dibunyikan tanda perlawanan bermula. Kipre juga memberikan kedudukan selesa buat pasukan Terengganu dengan jaringan kedua (minit ke-42) sebelum separuh masa pertama tamat.
Sumber Foto: mstar online |
Perlawanan makin sengit. Dan, telah berlaku insiden pergaduhan di antara kedua-dua pasukan di mana menyaksikan pemain Perak, Gilmar da Silva dilayangkan kad merah setelah mengumpul dua kad kuning di minit ke-55. Sebelas minit kemudiannya pula menyaksikan pemain Terengganu, Lee Tuck dilayangkan kad merah selepas kesalahan menyiku pemain lawan.
Kedua-dua pasukan kini seimbang dengan 10 pemain. Pasukan Perak berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-91 di mana Brendan Gan telah menjaringkan gol. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan. Pasukan Terengganu sekali lagi mendahului dengan jaringan ketiga dari Faiz Nasir sebaik sahaja masa tambahan bermula.
Pun begitu nasib menyebelahi pasukan Perak menerusi gol penyamaan pada masa tambahan apabila pemain Terengganu, Igor Zonjic tersilap percaturan menolak bola ke arah gawang gol sendiri. Jadinya, ia menjadikan keputusan seri 3-3.
Sumber Foto: Bernama.com |
Perlawanan diheret pula ke penentuan penalti dan akhirnya menyaksikan kejayaan Perak dengan keputusan 4-1. Kemenangan ini menyaksikan Perak menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia selama 18 tahun di mana kali terakhir dijulang pada edisi 2000.
TAHNIAH BUAT PASUKAN PERAK!!!
3 Comments
Dramatic game mlm ni... 👍👍
ReplyDeleteSangat dramatik. Apa-apa pun Kejor Yeop Kejor... Hehe...
Deletetahniah perak.
ReplyDeletepenuh laman fb aida dgn perak perak perak :)
aida x folo la sgt.
amik tahu dari tgk berita saje.